Realiti hari ini menyaksikan betapa banyaknya blog milik muda-mudi hanya berkisar tentang kisah percintaan mereka. Untuk yang berkahwin, perkara ini tidaklah salah bagi mereka. Cuma yang menjadi kepelikan dalam hati ini adalah apabila yang belum berkahwin turut mempamerkan cerita yang sama.
“Hari ini saya lunch dengan si dia”
“So sweet, saya menerima hadiah dari abang..”
“Kami bergaduh. Mungkin tiada lagi jodoh kami bersama…”
Biasa bukan baca ayat-ayat sebegini di blog-blog? Fenomena bercinta sebelum berkahwin sudahlah menjadi biasa, kini penghebahan kisah cinta ini media-media internet bertambah berleluasa pula. Seolah bangga, seperti mereka ini selebriti yang perlu dicanang kepada khalayak tentang kisah cinta mereka.
Kembali berfikir, apakah kesalahan mereka sehingga mengundang sikap yang tidak berkenan di hati saya?
Hal-hal tentang dosa dan pahala milik Allah. Maka siapalah saya untuk terang-terang mengatakan “Mereka sedang berbuat dosa,” Sedangkan sebagai orang yang tidak tahu cerita sebenar, lebih baik kita jangan menyimpan perasaan buruk sangka.
“Mungkin dia ‘lunch’ bersama si dia dengan ditemani ahli keluarga.”
Walaupun begitu, perkara yang saya jelas adalah sikap sesetengah anak muda kini yang bebas bercinta tanpa segan silu di khalayak ramai. Di Facebook, di Friendster, mereka gemar menayang kepada khalayak ramai bahawa merekalah kini ‘Best couple of the year’.
Apakah hukum bercinta sebelum berkahwin?
Semua orang telah sedia maklum tentangnya. Dalam Saifulislam.com sudah banyak mengulas tentang perkara ini.
So, kalau telah terjebak dalam cinta ini, lalu bagaimana?
Plan itu penting. Jangan sesekali menjebakkan diri dalam percintaan selagi anda tidak mempunyai plan atau hajat untuk mengakhirinya dengan perkahwinan dalam masa tedekat.
“Ok, 10 tahun lagi saya plan nak kahwin. Maka, boleh saya lamar dia sekarang?”
“Anda yakin 10 tahun akan datang, anda masih mencintai dia? "

"Anda yakin anda dan dia masih hidup ketika itu?"
"Bagaimana jika tiba-tiba anda bertemu dengan gadis yang lebih sempurna dari dia?”
Maka janji yang dibuat selama 10 tahun tersebut mungkin hanya merupakan angan-angan yang panjang dan hanya akan disulami dengan bibit-bibit maksiat dan tergelincirnya pasangan dalam proses pertunangan dan perkenalan yang panjang itu jika tetap diteruskan.
Bagaimana ya? Hati dah suka. setahun lagi habis belajar.
Ambillah jalan yang selamat. Perkenalan dan pertunangan merupakan tempoh yang cukup mencabar saya kira. Bukan cabaran dari segi luaran yang saya maksudkan. Namun. Lebih kepada cabaran ‘dalaman’. Pada tempoh inilah, kita akan merasakan bahawa kita perlu lebih mengenali dia. Kita perlu lebih menghargai dia. Kita perlu mengungkap cinta barang sekali dua kepadanya. Mungkin banyak perkara yang ingin kita sekali kita kongsi bersama si dia.
Hakikatnya, jika berlaku semua perkara tersebut, kisah cinta kita pastinya ‘sama saja’ dengan kisah cinta bebas seperti yang saya sebutkan di atas.
Ramai yang mengungkap, “Bercintalah kerana Allah” . Namun, tidak dinafikan, sukar untuk kita mempraktikkan di alam realiti. Bagaimana ya, sebenarnya bercinta kerana Allah?
Kita yakini, Allah akan sentiasa menguji hambanya. Mereka yang bercinta dan meletakkan Allah di hadapan cintanya pasti merasai kehebatan ujian itu. Mahu saja jari-jemari itu menekan nombor telefon si dia untuk menyatakan rasa rindu. Ingin saja menegurnya di Yahoo Mesenger atau Skype apabila melihatnya ikonnya menyala ‘available’.
Mereka yang bercinta tanpa mengingati Allah tidak akan merasai kehadiran ujian itu. Tidak ada yang perlu disegankan. Hubungi saja jika rindu. Message saja jika ingin bertemu.
Namun apa gunanya berbuat sebegitu jika Allah yang sedang diletakkan di hadapan cinta itu tidak redha?
Kata mahu mencari redha Allah. Solat cukup, ditambah pula dengan solat sunat. Zikir juga kerap. Namun hal ini yang membuatkan kadang-kala hambanya tewas.
Jangan disalahkan pada cinta itu. Perasaan itu adalah anugerah dan juga ujian dari Allah untuk hambanya. Tanganinya sebagai satu perkara yang positif. Menerima hakikat bahawa kita sedang diuji dengan anugerah ‘perasaan hebat’ itu akan membuatkan kita redha dan akan sentiasa berdoa agar kita sentiasa terpelihara daripada maksiat dan dosa akibat cinta tidak terjaga itu.
Meskipun banyak perkara yang kita perlu tahu tentang pasangan, ambillah peluang pada jalan yang betul. Pastikan pertemuan yang bermahram atau lebih selamat jika di rumah keluarga kita. Kurangkan berhubung kerana yakinlah bahawa tanpa pengetahuan kita juga, Allah sedang menjaga hati kita dan hatinya, cinta kita dan cintanya. Bukankah tawakal dan doa itu perlu? Biarlah banyak yang tidak kita ketahui tentang pasangan kita itu kerana kita menanti suatu yang lebih manis iaitulah ganjaran dan redha Allah kepada kita dan pasangan apabila berjaya menahan diri dari godaan syaitan dan nafsu tersebut.
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu.
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku biasa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud.

(Ayat-ayat Cinta - Rossa)
Suka juga saya menghayati lagu ini. Penulis menggambarkan bahawa dia sedang diuji dengan ‘cinta’ itu dan sedang merasai kebahagiaan dengan kehadirannya, Namun dia sedar cinta itu tidak layak untuk disetarakan dengan cintanya kepada Allah. Maka dia perlu meninggalkan sebentar cinta itu ketika dia bersujud menghadap yang Esa.
Abdikan diri dengan sebenar-benarnya kepada Allah dalam ibadah kita. Hadirkan rasa kehambaan dan kehinaan di hadapanNya. Namun ambil semula cinta-cinta yang ada di sekeliling kita selepas ungkapan cinta kita kepada Allah dan titipkannya juga di dalam doa.
Doa doa dan doa…
Manusia merupakan makhluk yang lemah. Kita memerlukan kekuatan untuk menghadapi ujian yang diberi. Jika Allah yang memberi ujian, Allah jugalah yang akan memberi kita kekuatan itu. Biarpun perit menahan, tidak mengapa. Allah tahu kita sedang bermujahadah.
::Saya makhluk serba kekurangan. Namun, usaha saya untuk berdoa agar diberi kekuatan dalam bermujahadah::
tk rmi yg phm mnder ni..
ReplyDeleteak tk psti,phm pstu buat2 bodo...ataupn mmg tk phm..haha
till we meet the same person yg ada sama kepala otak dgn ak..habis cerita..senang keje..
tkyh susah2 nk menerangkan bnda yg dia tkleh terima..
ntah la..
ramai yang tahu tapi buat2 tak tahu n tak reti..
ReplyDeletebenda yang salah dah jadi biasa bagi meraka..
perkara yang batil dikatakan haq.. yang haq dikatakan batil..
dan sudah menjadi adat sekarang, orang yang bukan maksiat tu tidak salah.. tapi, orang yang menegur tu yang dikatakan bermacam..
tak tahu dah apa nak cakap..
Allah Yahdiina.. insyaAllah..
cinta adalah fitrah.tp kt y memupuk n membaja semngat cinta.knapa?sbb kt peke kt nak kawen..kl peke tak nak kawen lagi,dia dtg begolek2 dpn mata, tak pandang walau sebelah pon agak nya..he3..btol ke teori ni?
ReplyDeletewah, terkedu seketika apabila fez berbicara soal cinta..hihi~ prinsip yg tegas dan jelas dgn segala mksd tersirat mahupun tersurat..smga diberi kekuatan utk trus bermujahadah mengejar cintaNya..
ReplyDeleteehem2 cerita cinta la plak.... tak reti la nk bg komen.....hahaha. ingat tulis kisah psl....dibs. haha.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebila dibius chenta kan.
ReplyDeletebius=anesthesia=loss of consciousness. unconscious about so many things. :S
perfect anesthesia kt panggil - balanced anesthesia = anesthesia + analgesia + muscle relaxant. tambah lg,paralyzed,hilang sensitiviti dgn mcm-mcm benda
ada sorg kwn tu cerita, sukarnya rasa nk hadapi ujian Allah y satu ni. dlm usaha nk menjaga p'hbgn ni, nk tunggu sampai the real moment nnt, kdg2 rasa mcm gusar. bila kwn dia tny kabar ke cthnya, dia cuba jwb dgn sederhana, elak berlebihan. Walaupun, dia sendiri ada jg rasa t'tahan-tahan jg. Kesian. Risau mcm2 rasa ada takut diingat dia tak serius, tak setia etc2. hurm.. konflik-konflik..
dugaan..
Macam org susun jigsaw puzzle, kalau bukan sebab sabar, sure tak siap puzzle tu jd satu hasil yang cantik. Dan makin besar jumlah pieces, makin tinggi rasa susah, makin byk sabar tapi makin rasa puas bila dah siap, gambaran yang terhasil mestilah lebih cantik, lebih rasa sayang kalau pecah berderai sebab susahnya nak selesaikan. Mungkin macam tu juga cinta ni. kena byk sabar. yakin.susah nya hati rasa nk hadapi ujian ni, Allah tahu. Gelisah, risau semua, pun Allah tahu. Jangan difikir sgt apa y kwn rasa,sbb itu juga Allah tahu dan yakinlah Allah jg hati semua.
until the moment comes, bersabarlah. Kerana semuanya kerana Allah
Terima kasih semua y dapat meluangkan masa utk membaca artikel ini.
ReplyDeleteKilah,
Hidayah milik Allah. Apa kata kalau kita jangan jemu mendoakan. Kalau cari orang sekepala pun payah juga. Kita suka ayam isi dia pun berebut ayam isi. Siapa nak makan ayam yang tulang. Nanti membazir je. Haha (analogi yang kurang menarik).
Arda,
Jangan jemu dan resah berdakwah ok.
ct adah,
ReplyDeleteonce in a blue moon bercerita tentang tajuk ini. Meskipun yang tersurat, mahupun yang tersirat, bijaklah cik odah menilik. Selamat bermujahadah!
Kak yati,
Haha. Boleh pakai jg teori akk ni. tp kan kak, klu semua org bercinta sebab dia nak kawin, kenapa ya budak-budak sekolah hingusan pun turut nak cuba merasai kuasa cinta ni? budak umur 13-14 tahun, x kan fikir nak kawin jg kot. Dan ramai juga rasanya, (esp artis2) yang bercinta. Tapi bila ditanya, bila nak kawin katanya "saya tak terfikir sejauh itu lagi". Hmm, jadi, adakah bercinta sebab nak kawin je? Itu sebabnya, ramai yang tersasar akibat tiada plan dan keseriusan dlm menangani hal ni. Saja nak seronok-seronok pula. Alamatnya tanggunglah dosa sendiri.
P/s: kalau D.Beckham datang 'golek-golek', akak x nak ke? haha(Matilah diserang Posh)
Anonymous,
ReplyDeleteHai 1st time drop comment nampak. Nak cte dibs? nantikan.. haha.
Sempliciotto,
ReplyDeleteKamu dibius ape?
Panjangnya komenan. Thx. Peringatan bersama yeah.
komen terbanyak y d terima oleh fez sepanjang blog ni buka..ye ke fez?he2.hangat2
ReplyDeletexlah kak. ini jadi byk sebab cmpur komen2 kte yang ditaip satu2 jwpn utk satu org.. ade lg entri lain y bnyk komen.
ReplyDelete