Sunday, March 1, 2009

What a life...

Satu kesilapan, apabila rasa diri kita sempurna.

Satu motivasi, apabila melihat kekurangan sebagai suatu yang positif.

Manusia dicipta begitu unik.

Telah dicipta tidak sesempurna untuk saling menyempurnakan yang lain.

Justeru benar memang tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Dia yang maha sempurna.

Ada orang diciptakan bijak dan genius, namun tidak mahir memasak. Apa saja yang dimasaknya, pasti terasa kurang. Terkadang garam terlebih, terkadang kuah pula cair.

Ada orang, kelihatannya hebat berpidato. Namun apabila menyentuh tentang bab hati dan perasaan, dia sepertinya ignorance. 'Ignorance is bliss' katanya..

Ada orang tu, cantik dan berbakat. Tetapi pelajarannya tidaklah jauh.

Bayangkan jika semua dicipta sama. Semuanya sama pandai. Semuanya sama berbakat. Semuanya sama hodoh. Jika begitu, tentu hidup jadi suram. Yang pandai, memang sudah tentu kepandaiannya. Yang hodoh pula apabila melihatkan semua kawan yang hodoh, tentu tiada langsung keinginan untuk menjadi cantik. Tiada persaingan, tiada penambah baikkan, tiada perubahan.

What a life...

Kenapa pelangi ada 7 warna?
Kerana dia bukan color-pencil yang ada 12, 24, atau 36 batang warna.
Kerana dia bukan kuih lapis yang hanya ada 2 warna.
Kerana dia pelangi.
Yang penting,
Kerana Allah mahu menjadikannya hanya memiliki 7 warna dan hanya keluar selepas hujan.

Maka kenapa kita tidak sehebat dia?
Kerana kita adalah kita.
Kerana Allah mahu kita berusaha menjadi yang lebih baik.
Supaya semakin hari semakin matang.
Yang penting,
Supaya semakin hari semakin dekat denganNya.

Jadikan hidup ini tidak sia-sia.

Jika esok, kita bakal menghuni tempat baru, bisa selamatkah?

Sesungguhnya solatku, amalku, hidupku dan matiku hanya kerana Tuhan sekalian Alam.

4 comments:

  1. kenapa entri ko ni erk?cm makan hati je bunyi nya..hehe
    itu la..sperti ak katakan pd kak som..
    tiap hari..tnya diri sndiri..what can I offer you?
    apa yg leh kita offer pd kwn2 kita,mak ayah kita..sekeliling kita..Tuhan..
    and simply,mnder tu buatkn ko sdr..ko sbnrnya nothing..
    jgn demand mnyak,expectation menggunung tggi,usaha kita mau lebey..

    ReplyDelete
  2. haha.. ni namanya entry cubaan utk menggayakan ayat mcm dalam blog 'kak fyn is telling u something'.(walaupun x jadi)

    in a way nak menyampaikan tazkirah juga. utk ingatan bersama. Macam yang ko cakap, kita tak boleh nak expect diri kita jadi sehebat mcm orang lain. In fact, kita ada kelebihan tersendiri yang kadang-kadang kita tak sedar.

    mcm rupa makan hati eh? dah lama x makan sandwich kibdeh ni. (sandwich hati ayam). bila nak belanja?

    ReplyDelete
  3. what a lie..
    p.u.i.s.i.t.e.p.i.j.a.l.a.n punya bahasa tinggi?
    tapi kau buktikannya tidak bukan?

    jalan terus
    dan terus lagi

    kadang bahasa panjang bak karangan
    buat manusia buhsan

    biarkan ia singkat

    ok?

    :: ^_^ ::

    ReplyDelete
  4. huhu..
    wah nak bagi komen pun guna 'bahasa tinggi' ke? berkali-kali terpaksa saya ulang utk memahaminya. haha.

    itulah.. manusia itu unik. ada orang suka bahasa putus-putus begini. Ada orang suka membaca karangan ibarat sang penglipurlara berkisah, ada pula yang suka simple dan santai.

    Terpulanglah kepada masing-masing untuk memilih gaya penceritaan, yang paling penting, isinya sampai menjengah dan bermastautin di hati..:p

    ReplyDelete