Wednesday, March 18, 2009

Tender Love & Care (Tagged)

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

Tender Love & Care.

Nama untuk blog ini merupakan idea spontan yang keluar ketika saya mencari nama yang sesuai. Tender di sini bermaksud 'gentle'. Manakala "Tender Love and Care" pula merupakan 'palliative care' untuk pesakit yang berada di peringkat terakhir penyakit atau penyakit yang tidak dapat disembuhkan lagi. Apabila tiada lagi pembedahan, atau 'investigation' atau rawatan lain yang boleh dibuat, penjagaan 'tender, love and care' diperlukan untuk memastikan pesakit rasa selesa dan bahagia walaupun mereka sedang berada di hujung nafas.


2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://naurah22.blogspot.com/. Nama 'naurah' diambil sempena nama seorang kenalan saya. Bagi saya, nama tersebut unik dan sedap disebut seperti nama anak ustaz Hasrizal Saifulislam, Naurah Sabihah. 'Naurah' adalah putik bunga yang sedang memekar, menjenguk dunia pagi dengan suci dan sinar mentari yang mengalu-alukan kehidupan. (dipetik dari saifulislam.com).



3) Apakah metod penulisan dalam blog anda?
Saya suka menulis tentang pengalaman hidup, dakwah yang boleh membawa erti kepada para pembaca dan juga kadangkala cerita hati saya. Bervariasi pendek katanya. Dari segi bahasa, saya memilih untuk menulis dengan gaya formal tetapi agak santai.



4) Aktif menulis penulisan ilmiah dalam blog tapi kurang aktif di khalayak luar (dakwah)?
Harap-harap seimbang. Inshallah. Saya bukanlah manusia yang dicipta bijak untuk menguntai kata. Mungkin pertuturan lebih lancar berbanding penulisan. Namun, apa yang ditulis turut mencerminkan peribadi penulis. Maka jika bercerita tentang dakwah, peribadi kita juga perlu menjadi qudwah yang baik.



5) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Tak pernah lagi setakat ini. Menulis blog hanya di masa santai. Namun kadang-kala pada masa sibuk juga saya luangkan masa untuk menulis blog, mungkin di kala penat atau 'stress'. Maka isu yang ditulis mungkin berbentuk luahan atau perkongsian santai..



6) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Blog Ahiasah.. Kembara musafir.. Macam lagu Aqil Hayy, Kembara di Tanah Gersang pula. Blog yang informatif dan sangat bermanfaat untuk para pembaca yang benar-benar ingin mengambil manfaat. Teruskan menulis ya ukhti.

No comments:

Post a Comment