Ada kaitan ke tajuk di atas ni dengan cerita di bawah ni? Kalau pandai kaitkan, jumpalah tu.
Apabila terdengar hebat orang bercerita sana-sini tentang kisah ini, saya pun tergerak hati untuk mencari video di Youtube - kisah isteri seorang figura terkenal yang tampil dalam Wanita Hari Ini (WHI), menceritakan tentang kemelut rumah tangga yang dihadapinya sekarang .
Saya pasti apabila kedengaran desas-desus tentang masalah yang melanda rumah tangga mereka, pasti sudah ada yang membenci ataupun menaruh perasaan yang bukan-bukan pada ustaz rock ini. Sebagai orang luar, siapalah kita nak judge orang sebenarnya. Apa-apapun, biarlah masalah itu diselesaikan secara damai. Saya percaya, jika ustaz kuat berpegang pada apa yang dia ada, dia pasti akan sedar di mana sepatutnya dia berada.
Media memang pandai mencari peluang untuk mensensasikan berita-berita. Dalam apa-apa hal, saya hanya membaca berita sekadar membaca, untuk percaya, saya perlu mengambil masa, dari kisah politik, dalam dan luar negara, sehinggalah ke kisah Influenza A, semuanya perlu diselidiki lebih sebelum menaruh sepenuh kepercayaan. Hebatnya media memutar alam..
All in all, saya bukan nak mengulas tentang isu ini. Cuma saya rasa hal rumah tangga patut diselesaikan secara terhormat dan tidak perlu sampai ke pengetahuan media, walau siapapun figura itu.
Worth quoting some nasihat dari Ustaz Zawawi yang turut menjadi panel dalam slot tersebut: (Saya respect gaya ustaz memberi nasihat, penuh berlapik dan rasional. Kerana mungkin dia tahu, mad3u yang dinasihatinya itu adalah seorang pendakwah juga. Jadi metod yang digunakan juga perlu bersesuaian.)
1. Kemelut perlu diselesai secara baik. Media perlu bertindak sebagai ’menyelamat’ bukan ’mengerat’. (Kalau saya berada di tempat pengacara-pengacara WHI itu, tentu dah tebal muka 2-3 lapis kerana mengajukan soalan yang adakalanya 'membunuh' dan memalukan sebenarnya.)
2. Hak perlu dilaksana mengikut syariat. Poligami ikut syariat. Berkawan turut perlu mengikut syariat. Jika syariat dilanggar, fitnah akan timbul. (Jika berkawan lelaki dan perempuan, bebas tidak kira halal dan haram, tunggulah padahnya.)
3. RnR atau 3R.. Ini bukan Respek Relaks dan Respon seperti rancangan TV3 tu. Tapi ini adalah kaedah menyelamat. RnR yang disebutkan oleh Ust Zawawi adalah ’Rehat, Rawat dan Recharge’. Gunalah kaedah ini untuk menangani mana-mana stress pun.
4. Paling penting, ikatan rumah tangga melibatkan 3 ikatan. ; Allah, suami dan isteri. Jika salah satu ikatan longgar, maka akan berlaku ketidakseimbangan dalam hubungan tersebut. Jadinya, perlu bijak menyeimbangkannya.
::Ok, jom sambung baca psikiatri.. :p::