Friday, May 29, 2009

Berbuat baik untuk dapat yang terbaik...

Siapa yang adil?

Kerana...
Dunia itu zalim sebenarnya.
Umat Islam sering dianiaya,
Yang kaya bertambah kaya,
Yang miskin bertambah hina.

Namun...
Hidup ini mudah.
Ia bukan kepercayaan karma.

Kerana...
Allah terlebih dahulu menjanjikan,
Seperti terungkap dalam 'Al-zilzal',

Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah,
dia akan melihat balasannya
Maka barangsiapa mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah,
dia juga akan melihat balasannya.

Ganjaran atau balasan,
Di dunia atau di akhirat,
Janji tetap janji,
Dan janji Dia itu benar.

Jika kamu berbuat baik,
orang akan berbuat baik kembali kepadamu.
Namun jika budi telah ditabur,
kamu sendiri dibalas keji,
maka jangan salahkan Dia,
Kerana ia satu ujian buat kamu,
dan ganjaran yang hebat pasti menanti
untuk kesabaran kamu itu.

Jika kamu mahu dilayan mesra,
kamu dahulu mesti mesra dengan mereka.

Jika kamu mahu ibu bapa kamu dihormati,
Kamu dahulu perlu hormatkan ibu bapa mereka.

Jika kamu benci melihat kesombongan orang,
Kamu juga jangan sombong dengan orang.

Jika kamu mahu orang lain faham apa yang kamu rasa,
Cuba kamu dahulu fahami orang lain.

Jika kamu mohon agar punya rakan-rakan yang sering mengingatkanmu,
Kamu dahulu serulah nama mereka dalam doamu.

Jika kamu tuntut pasanganmu untuk jujur,
Kamu juga perlu buktikan kejujuranmu.

Dan jika kamu ingin berjaya,
Kamu dahulu perlu persembahkan usahanya.

Dan jika kamu inginkan istirehat yang abadi di sana,
Terdahulu himpunkanlah amalanmu secukupnya di sini.

::Minggu depan : Minggu terakhir final exam, 5 subjek, 5 hari berturut-turut. Semoga Allah terus mengurniakan kekuatan buat semua..::

No comments:

Post a Comment