Tuesday, May 19, 2009

Promoter tidak bergaji...

Dulu apabila ada junior bertanya,
"Akak, ok tak pakai Umniah?"
Saya jawab,
"Tak payah la. Buat sakit hati je. Murah memang murah tapi kena cari port baik punya untuk call Malaysia especially. Basement floor hospital- kadang tak dapat line. Macam rasa nak campak je handphone ke dinding bila dah kena menjerit bila bercakap. (Geram)
Oleh itu, walaupun telah membeli Umniah, saya masih perlu top-up kredit Orange saya untuk membuat panggilan ke Malaysia. Separa boikot la ni - Kata orang, Orange (syarikat telekomunikasi paling glamour di Jordan selain Zain) ada collaboration besar dengan Israel. Pakcik kedai telefon juga cakap begitu. Kebenaran sebenar-benar-benarnya - Wallahua3lam. Tetapi daripada terfikir-fikir dan serba salah nak guna, lebih senang kalau ambil jalan mudah. Beli saja Umniah (setakat ni yang paling diyakinilah. Akan datang - tak tahulah. Wallahua3lam). Bukan mahal pun, starting kit pun lebih kurang 5jd (RM25) saja. Buat setakat mana yang kita mampu, sekiranya benar pernyataan tentang syarikat Orange di atas, sekurang-kurangnya kita mampu mengurangkan share sumbangan ke Israel sana. Kalai tidak benar pun, berbaloi je menggunakan Umniah memang sangat menjimatkan. (~_~)
(12 jd (RM60) seminggu ->Kaya Israel kalau betul diorang share dgn Orange macam ni.~~)
“Tinggalkanlah sesuatu yang meragukanmu kepada sesuatu yang tidak meragukanmu.”
(HR. Tirmidzi dan Nasa’i.

Saya rasakan servis Umniah yang 'teruk' pada permulaannya kini beransur baik semakin lama saya menggunakannya. Dan kini saya tidak perlu lagi top-up kredit Orange saya kecuali jika ada hal-hal kecemasan. Orange ada hadiah 'loyalty' seperti kredit 3jd percuma, dan free SMS yang banyak. Maunya tak kelabu biji mata. :p (@_@)

Sekarang, jika ada junior yang bertanya soalan yang sama, saya akan jawab...

"Belilah Umniah. Sangat menguntungkan. Mula-mula masa nombor kita baru nak established memang kena sabar sikit. Bila dah lama-lama pakai, makin bagus servisnya. Nak bawa handphone ke mana-mana pun line dah clear. Murah pun murah. Kredit rasa macam tak bergerak kalau telefon ke Malaysia (cewah, over lak). 9 kirsh (45 sen) saja. Murah, murah...
Tapi ada satu kekurangan. Saya tidak tahu sama ada orang lain menghadapi masalah yang sama atau tidak. Umniah saya tidak boleh menghantar mesej ke no 013 (Malaysia). Buat panggilan tidak pula bermasalah. Tapi tidak mengapa, orang Malaysia pun biasanya pakai lebih dari 1 line-Maxis, Celcom, Digi. Jadi, bolehlah berurusan dengan nombor selain Celcom.

"Zain mahal telefon ke Malaysia. Baik pergi telefon di Jiovani (Sy. Jamiah) - Ms. S****


"Bolehlah kalau nak beralih ke Umniah"- Ms. F**

::Wikipedia : Umniah (Arabic: أمنية‎, meaning: a wish) is a mobile cellular telecommunication network in Jordan. It is the fourth GSM cellular phone service set up in Jordan. Umniah is well known for its low prices and its quick growth into the highly competitive Jordanian telecommunication market. Umniah is 96% owned by Batelco (Bahrain)::

::Wikipedia : Zain Group, formerly MTC or Mobile Telecommunications Company, is a multinational corporation headquartered in Kuwait specialized in mobile telecommunications operating in the Middle East and Africa.::

::Wikipedia : Orange is the brand used by France Télécom for its mobile network operator and Internet service provider subsidiaries::

7 comments:

  1. Hurm....

    hebat jugak korang nyer promosi menukar nombor nie ek?

    ReplyDelete
  2. nuek,ko promote la gk kt syabab..
    ok wut..company arab..affordable weh..

    ReplyDelete
  3. Sebabnya rasa seronok kot dapat cakap lama di telefon ke Malaysia. :p..

    ReplyDelete
  4. Kilah,
    Tunggu En Kher tukar dulu, baru dia leh promote.

    ReplyDelete
  5. begitu efektif promosi, ada yang dan2 terus menukar...jengjeng

    ReplyDelete
  6. salam k.fez, ada jugak junior yang tanya kita kelmarin. baiknya suruh diorang tanya akak aje. kalau tanya kite, nanti dikatanya cakap tak serupa bikin pulak. (nak tukar ke? lagi 2 bulan je tinggal pun..kuikui..)

    hurm, kalu orange ni statusnya tergantung lagi, tapi kalu maxis tu macam dah akid aje.. selamatkan harta dari di'makan' keluarga..:D kuang2..

    ReplyDelete
  7. Nad.
    Klu nak buat kenang2an beli Umniah pon ok juga. Eii korang nak balik dah.. isk2.. kitorang dulu sampai tau. Btw, all d best yeah.

    ReplyDelete