Friday, May 8, 2009

I turn to you

When I'm lost in the rain,
In your eyes I know I'll find the light
To light my way.
When I'm scared, And losing ground,
When my world is going crazy,
You can turn it all around.
And when I'm down you're there- pushing me to the top.
You're always there,giving me all you've got.
For a shield from the storm,
For a friend,
for a love to keep me safe and warm
I turn to you.
For the strength to be strong,
For the will to carry on
For everything you do,
for everything that's true
I turn to you.
When I lose the will to win,
I just reach for you
and I can reach the sky again.
I can do anything
'Cause your love is so amazing,
'Cause your love inspires me.
And when I need a friend,
You're always on my side
Giving me faithtaking me through the night.
For the arms to be my shelterthrough all the rain,
For truth that will never change,
For someone to lean on,
For a heart I can rely on through anything,
For that one who I can run to...

Gambar : Ibu saya. (Ada sama tak?)


Alang-alang dirasakan berat benar mata ini bertongkat untuk membaca buku pada malam ini, maka saya luangkan sedikit masa untuk mencoret sesuatu tanda ingatan sempena Hari Ibu pada hari Ahad ini. Saya terjumpa semula lagu 'I turn to you by Christina Aguilera' dalam folder di laptop saya. Liriknya menyentuh hati dan saya membayangkan diri saya sebagai anak yang ingin mendedikasikan lagu ini kepada ibunya..
Hari Ibu yang dimulakan oleh sejarah barat ini hanya sebagai simbolik tanda kasih sayang anak pada ibu. Hakikat sebenar, setiap hari si anak perlu menunjukkan kasih sayang kepada ibu mereka. Cara yang paling mudah - jangan lupa berdoa setiap kali selepas solat setiap hari. "Ya Allah! Ampunilah diriku dan ibu bapaku, dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil"
Tiada lain yang si ibu harapkan, melainkan dikurniakan anak yang solehah, yang cemerlang dalam segala aspek. Setiap hari, tanamkanlah di dalam hati, saya ingin jadi anak yang soleh atau solehah. Kadangkala kita dapat rasakan, kita bangkit dari kemalasan, kita bangun dari kegagalan, kerana kita dapat rasakan semangat si ibu. Kita tidak sampai hati melihat ibu risau dan sedih dengan tindak-tanduk kita. Ibu pula sanggup bersusah payah untuk memenuhi kehendak anak. Apabila pulang ke Malaysia, mintalah apa saja makanan untuk dimasak, pasti ibu akan penuhi. Apabila bershopping pula, ambillah apa saja. Kerana kata ibu, saya tinggal berjauhan, bukan selalu dapat dipenuhi permintaan saya yang jauh ini. Ini yang membuatkan sebagai anak, saya rasa sangat terharu. Mana-mana ibu pun di dunia ini akan berperasaan sebegitu. Maka sebagai anak, janganlah kita lupa apa yang telah ibu lakukan untuk kita. Jangan terlalu berkira dengan ibu. Walaupun mereka tidak meminta wang gaji kita setiap bulan, namun sekiranya ada huluran, pastinya mereka berbesar hati dan sangat gembira. Banyak mana pun kebaikan yang kita lakukan pada ibu, belum tentu penat lelah, jerih perihnya mengandung, melahir dan membesarkan kita belum terbayar.
Buat akhirnya, jangan jadi anak tak mengenang budi...Nauzubillah.
::Minggu lepas saya berhujung minggu di Mu'tah. Minggu ini di Mafraq pula. Ya, jalan-jalan sebelum final exam bermula ahad depan. Aigooo..::
::Tension bila paragraph allignment ni tidak boleh diadjust. Degil sungguh. Maka, bersabarlah membacanya kerana baris perenggan tiada renggangan :(::

5 comments:

  1. aah..kt msia,mintak je la apa nk..grab je apa yg kita mahu..
    smpi2 je msia,mak tnya nk mkn apa..
    2-3 hari b4 balik sini..tnya lagik..nk mkn apa..
    itu yg balik sini eh,eh..apsal ko sehat..
    haha..ak je la..ko tk..haha
    they always try their best..=)

    p/s:alignment blog ni mmg kdg2 ngeng..heh

    ReplyDelete
  2. Selamat hari Ibu.

    Lawanya mak Fez, macam Fez juga.

    ReplyDelete
  3. Sorry, Selamat Hari Ibu untuk ibu Fez.

    ReplyDelete
  4. Kilah,
    Kita pun kena try the best to be the best daughter. Selamat Hari Ibu untuk ko la jugak - utk 2-3 tahun akan datang inshallah. :p

    Kak Ina,
    Haha, mestilah ibu tersenyum simpul kalau dgr akk cakap. Selamat Hari Ibu utk Kak Ina. Besar pengorbanan ibu untuk anak2 kn. Tp anak2 kdg selalu bt ibu sedih tanpa disedari. Minta ampun banyak2.. :(

    ReplyDelete
  5. eceh ko..suka erk kalo bab2 ni..hahaha

    ReplyDelete