Saturday, May 30, 2009

Di mana kan ku cari ganti...

Ada kaitan ke tajuk di atas ni dengan cerita di bawah ni? Kalau pandai kaitkan, jumpalah tu.

Apabila terdengar hebat orang bercerita sana-sini tentang kisah ini, saya pun tergerak hati untuk mencari video di Youtube - kisah isteri seorang figura terkenal yang tampil dalam Wanita Hari Ini (WHI), menceritakan tentang kemelut rumah tangga yang dihadapinya sekarang .

Saya pasti apabila kedengaran desas-desus tentang masalah yang melanda rumah tangga mereka, pasti sudah ada yang membenci ataupun menaruh perasaan yang bukan-bukan pada ustaz rock ini. Sebagai orang luar, siapalah kita nak judge orang sebenarnya. Apa-apapun, biarlah masalah itu diselesaikan secara damai. Saya percaya, jika ustaz kuat berpegang pada apa yang dia ada, dia pasti akan sedar di mana sepatutnya dia berada.

Media memang pandai mencari peluang untuk mensensasikan berita-berita. Dalam apa-apa hal, saya hanya membaca berita sekadar membaca, untuk percaya, saya perlu mengambil masa, dari kisah politik, dalam dan luar negara, sehinggalah ke kisah Influenza A, semuanya perlu diselidiki lebih sebelum menaruh sepenuh kepercayaan. Hebatnya media memutar alam..

All in all, saya bukan nak mengulas tentang isu ini. Cuma saya rasa hal rumah tangga patut diselesaikan secara terhormat dan tidak perlu sampai ke pengetahuan media, walau siapapun figura itu.

Worth quoting some nasihat dari Ustaz Zawawi yang turut menjadi panel dalam slot tersebut: (Saya respect gaya ustaz memberi nasihat, penuh berlapik dan rasional. Kerana mungkin dia tahu, mad3u yang dinasihatinya itu adalah seorang pendakwah juga. Jadi metod yang digunakan juga perlu bersesuaian.)

1. Kemelut perlu diselesai secara baik. Media perlu bertindak sebagai ’menyelamat’ bukan ’mengerat’. (Kalau saya berada di tempat pengacara-pengacara WHI itu, tentu dah tebal muka 2-3 lapis kerana mengajukan soalan yang adakalanya 'membunuh' dan memalukan sebenarnya.)

2. Hak perlu dilaksana mengikut syariat. Poligami ikut syariat. Berkawan turut perlu mengikut syariat. Jika syariat dilanggar, fitnah akan timbul. (Jika berkawan lelaki dan perempuan, bebas tidak kira halal dan haram, tunggulah padahnya.)

3. RnR atau 3R.. Ini bukan Respek Relaks dan Respon seperti rancangan TV3 tu. Tapi ini adalah kaedah menyelamat. RnR yang disebutkan oleh Ust Zawawi adalah ’Rehat, Rawat dan Recharge’. Gunalah kaedah ini untuk menangani mana-mana stress pun.

4. Paling penting, ikatan rumah tangga melibatkan 3 ikatan. ; Allah, suami dan isteri. Jika salah satu ikatan longgar, maka akan berlaku ketidakseimbangan dalam hubungan tersebut. Jadinya, perlu bijak menyeimbangkannya.

::Ok, jom sambung baca psikiatri.. :p::

5 comments:

  1. hehe..
    btol la tu..ak ni dah dok marah2 akil hayy sbbnya tk muncul bagi statement..
    dah tu,kakak dua org tu dh mcm bg statement sedikit tarik tali tp tkde la tarik yg gila2 pnya..
    haih..mcm tu la media mainkan peranan..dok melaga2kan..
    mcm swine flu juga..smpi Embassy larang org kuar dri negara??hahaha(pndai ye ko masukkan cerita swine flu dlm kisah rumah tangga..hehe)

    kalo la semua org Islam phm batasan hubungan dan tk teruja,pkara mcm ni tkkn jadi..
    perempuan kn fitnah dunia..hadith nabi yg ptama dalam hadith 40 pn ada kata psl perempuan..hijrah kerana perempuan,itu la yg dia dpt..
    satu hadith nabi psl perempuan:Takutlah kpd fitnah dunia kerana fitnah pertama Bani Israel itu perempuan..
    surah nur,ayat 31,dah kata terang2 so perempuan pn kena juga mainkan peranan utk menjaga..
    pndapat peribadi ak sndiri lah kan..ni pndapat peribadi..
    kalo nk kata sape salah dlm hbgn lelaki perempuan?kes majoriti nya..perempuan 60-70 percent..dgr sini..majoriti tahu??bukan keseluruhan..
    apa pn,ak nasihatkan(hahaha..buat mcm blog ak pulak..)..kita cuba lah jadikan diri kita yg tbaik,mengajak dan berdoa org sekeliling kita bersama2 dgn kita..=)
    hah,sudah terang lagikan bersuluh..kalo nk torch light lagi,ak tk tahu lah..=P

    wah..ak terasa ak mcm siput sedut la weh!!haha

    ReplyDelete
  2. Ini komen lepas geram kat blog orang sebab ko puasa tulis blog eh? (aah, ada iras2 cipot cedut)...

    Terima kasih la mengquotekan beberapa dalil utk ingatan bersama.

    Perempuan memang senang jadi fitnah. Itu memang hakikat. Nasihat untuk diri sendiri, dan kawan-kawan. Pandai-pandailah bawa diri agar diri dijauhkan dari fitnah itu.

    Btw, kita sokong Ust tak perlu muncul buat keterangan. Sebab nanti banyak pula yang memanipulasi. Yang penting 'di dalam' dia tak duduk diam dan perlu selesaikan masalah ni dengan segera. Kalau tak imej dia dan dakwah akan terus dicalari..

    ReplyDelete
  3. Salam fez..

    actually, tahu psl kisah ust ni dan seorang artis wanita bertudung tu wkt tgh mkn ptg smlm..gosip2 ptg bersama housemates..hehe~

    sedih sbnrnya bila kisah2 mcm ni berkait dgn org yg membawa imej dakwah..nnti org kata, golongan agama pn buat mcm tu, x mustahil la golongan2 biasa yg jahil ni slalu terlibat..

    tp terpikir jugak kesahihan berita ni..ntah2 media yg memanipulasi cerita utk jadikan lebih sensasi..haih, apa nk jadi la dgn dunia artis dan media hiburan kt msia ni? *sigh*

    ReplyDelete
  4. ya allah odah, ni siapa kat msia, siapa kat oversea ni.. sibuk banget la tu eh.
    itu lah orang kata, yang maaruf tak boleh sama naik ngan munkar. klu nak buat maaruf tapi munkar pun buat juga, alamatnya lebih ke munkar lah..

    ReplyDelete
  5. hehe...ciput cepot dah dtg.^_^

    Dalam hidup skarang ni, dgn segala kemudahan media masa tak kira tv, radio, internet dan macam2 lagi.kehidupan manusia jadi bahan tayangan di mana2 sahaja.terfikir jugak,smemangnya kisah2 hidup manusia memang boleh dijadikan pengajaran, tapi adakah ianya perlu hingga segala-galanya jadi perkongsian umum?seolah-olah tiada lagi yang disimpan, tak kira caci maki sesama sahabat, kisah pergaduhan dengan mak ayah, isu umah tangga kalau setakat keruntuhan ni mungkin masih boleh diterima, tetapi kalau sampai segala hal-hal sulit di dalam bilik tidur pon sampai ke pengetahuan org ramai!apakah ini caranya untuk kita semua mendapat pengajaran?atau sehingga manusia tidak mampu lagi berlapang dada dengan dngan menyelesaikan masalah sesama individu yang berkaitan sampai biarlah satu dunia tahu kisah kita?bagi saya menyimpan kerahsian sbenarnya adalah satu perkara yang amat penting.bkn semua perkara yang berlaku dalam kehidupan kita sampai kepada semua org di luar sana.tak kira lelaki mahupun perempuan, takut2 crita-criti yang kita cakap, tulis dan paparkan jd bahan fitnah buat diri kita balik.apa yang kita amat harapkan dalam doa setiap hari selepas duduk tahiyat akhir.allahumma ini a'uzubika minal fitnati mahya wal mamaat..fitnat manusia adalah amaaat besar..maka sebaiknya apa2 yang boleh disimpan sendiri dan org2 tertentu shj, maka inilah yang sebaiknya.demi menjadikan diri kita terpelihara.bkn shj di dunia, malah yang lebih kita mahukan adalah di akhirat sana.apakah kita mahu glamur dikalangan makhluk bumi sahaja, kan lebih enak kiranya kita mahsyur di kalangan makhluk di atas sana dan lebih utama sekali,disisiNYA!fikir-fikirkan.salam

    ReplyDelete