Monday, May 4, 2009

Refreshing the spirits...

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.
Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.
Sunnah Berjuang 2


Nasyid 'evergreen' dendangan Nadamurni ini saya rasakan bisa membakar semangat 'juang' kita sebagai hamba Allah di saat kita sering lupa mengapa kita 'hidup' di dunia ini.


Meskipun realiti perjuangan kita pada hari ini tidak seperti para rasul, tidak seperti para sahabat, ataupun golongan terdahulu, namun kita tetap memiliki agenda perjuangan yang sama - Agenda untuk memastikan Islam terletak di tempat yang tinggi.

Apabila berada dalam zon selesa seperti kita sekarang, zon remaja yang belum memikul tanggungjawab yang besar, duit mudah didapati, hidup dalam keadaan negara yang aman damai, kita kadangkala terlalu 'sceptic' dengan istilah perjuangan.

Perjuangan sering dilihat sebagai misi mengangkat senjata membebaskan diri dari penjajah dan sebagainya. Namun jika dilihat dalam konteks yang lebih luas, dunia sebenarnya sedang memerlukan kita untuk berjuang atas nama Allah dan Islam. Ramai orang sudah jauh dari Islam. Gaya hidup hedonisme menjadi sanjungan. Orang atasan berlumba mencari nama. Anak gadis semakin hilang malunya. Pegangan agama dan solat kerap kali dilupakan.

Di mana kita sebenarnya? Menjadi penonton di luar kaca tv mungkin. Hanya mampu melihat dunia seronok bergelak tawa. Kita ? Hanya selesa makan, tidur, belajar, ber'shopping'..

Selagi daulah dan khilafah Islamiyah belum tertegak, jangan sesekali senang menganggap zon kita selesa.

Sedarilah peranan kita sebagai mata rantai perjuangan Islam, suburkanlah agenda perjuangan itu.

Belajar kita bukan semata untuk segulung ijazah, namun untuk membuktikan Muslim itu bijak.
Bekerja kita bukan semata untuk kaya namun untuk membuktikan Muslim itu maju dan berkemampuan.
Berpolitik kita bukan untuk mencari nama, namun untuk menegakkan daulah yang selama ini kita impikan.

No comments:

Post a Comment