Thursday, May 14, 2009

Tupperware VS Bekas Plastik


Bahaya bekas plastik biasa
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL @ Utusan.com.my

WANITA memang terdedah dengan pelbagai penyakit, hinggakan jika meminum air dari botol plastik sekalipun boleh menjadi punca kanser payu dara.

Kenyataan ini bukan sengaja diada-adakan tetapi hakikat yang diakui oleh selebriti antarabangsa, Sheryl Crow. Dia mengakui salah satu punca dia mengalami kanser payu dara ialah tabiatnya meminum air mineral yang diletakkan di dalam keretanya. Crow mengatakan demikian ketika tampil dalam satu rancangan bual bicara, Ellen Show tidak lama dahulu.

Pakar perubatan juga bersepakat menyatakan bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik di dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payu dara.

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Profesor Madya Rahmat Awang dari Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia tidak lama dahulu mendapati bahan kimia yang terdapat dari plastik mempunyai kemudaratan.
Beliau berkata, ramai tidak menyedari bahaya plastik serta komponen-komponen kimia yang terkandung di dalamnya.

Walaupun banyak maklumat disebarkan oleh pihak berwajib mengenai kesan kimia yang hadir akibat tindak balas makanan di dalam bahan pembungkusan namun penggunaannya masih berleluasa.

Kebenaran itu memang tidak boleh disangkal, malah penulis juga seringkali membeli makanan di dalam bungkusan plastik. Malah untuk menyimpan makanan di dalam peti sejuk atau bekalan pasti bekas plastik menjadi pilihan.

Sebenarnya banyak alternatif yang boleh kita gunakan selain penggunaan botol atau bekas plastik biasa untuk tujuan menyimpan makanan atau minuman.

Kini telah banyak inovasi plastik. Cuma pengguna perlu bijak memilih bekas yang boleh menghindarkan perkara itu daripada berlaku.

Atas kesedaran bahawa bekas plastik membahayakan kesihatan, pemilik premis jualan Tupperware, Sahliah Kasmani mengambil inisiatif mengadakan ceramah mengenai bahaya plastik.

"Plastik seperti yang umum ketahui diperbuat daripada pelbagai bahan kimia. Jika kita meletakkan makanan di dalam bekas plastik ini secara tidak langsung akan memberi mudarat apabila dimakan makanan tersebut.
"Bagaimanapun, kesan agak berlainan sekiranya pengguna menggunakan produk keluaran Tupperware.
"Ini kerana Tupperware diperbuat daripada bahan berkualiti yang tidak mengandung racun. Ia selamat digunakan sebagai bekas untuk menyediakan, menghidang dan menyimpan makanan.
"Ia juga memang dikenali sebagai tempat menyimpan makanan untuk tahan lebih lama," ujarnya ketika ditemui dalam majlis pelancaran premis jualan Tupperware di Aman Suria, Kelana Jaya, baru-baru ini.

Sementara itu, pengurus komunikasi pemasaran Tupperware Brands Malaysia, Wong Ee Ling berkata, manusia dan penggunaan plastik memang tidak dapat dipisahkan.

"Sebagai pengguna, kita perlu mengenalpasti tentang jenis plastik yang kita gunakan. Jika arahan kepada plastik tersebut hanya untuk digunakan sekali, maka janganlah kita menggunakannya berkali-kali. Sebab apabila kita tidak mematuhi arahan, sudah tentu ia akan mendatangkan mudarat kepada diri," ujar beliau ketika dihubungi baru-baru ini.

Mengambil contoh bekas minuman, Ee Ling memberitahu, bekas air Tupperware memang telah disahkan oleh badan kesihatan sedunia boleh digunakan berkali-kali, tidak kira dalam suhu panas atau sejuk.


"Walaupun begitu, tidak semua produk Tupperware boleh digunakan dalam ketuhar gelombang. Ini kerana ada bahan kimia yang tidak sesuai dikeluarkan dari bekas yang melalui proses pemanasan gelombang. Untuk penggunaan bekas plastik dalam ketuhar, disarankan menggunakan bekas yang dikhaskan untuk ketuhar gelombang sahaja.


"Terdapat juga pengeluar bekas plastik yang mendakwa bekas plastik mereka selamat, namun tidak sesuai digunakan digunakan di dalam ketuhar, oleh itu pengguna harus berhati-hati dan mendapatkan ilmu serta informasi yang betul tentang penggunaan bekas plastik ini," ujarnya.


::Kurangkan penggunaan bekas plastik biasa untuk menyimpan makanan::


Pelbagai bentuk dan aneka warna

Testimonial Pengguna Produk Tupperware (Pemilik Tender Love & Care Co):

Saya telah mula menggunakan produk ini sejak sekolah rendah lagi. Maklumlah pelajar sekolah rendah, kerap kali juga saya menghilangkan botol-botol air tupperware saya di sekolah atau di mana-mana saja. Oleh kerana Tupperware tersebut bukanlah berharga RM2.50, malahan mencecah RM20 untuk sebiji, maka sebagai denda oleh ibu, belanja harian saya akan dipotong selama seminggu. Sebagai ganti juga, saya hanya dibenarkan memakai 'Tipuware' yang mudah didapati di kedai-kedai plastik 2 ringgit. :p

Meskipun harganya agak boleh tahan (bekas simpanan nasi mencecah RM120 setong), namun ia amat berbaloi dan tahan lama. Sekiranya berlaku 'kecederaan' kepada botol air tersebut (bukan dari kesilapan pengguna), contohnya penutup tupperware telah 'buruk' akibat penggunaan yang lama dan sebagainya kita boleh menukarnya secara percuma di stokis-stokis berhampiran secara percuma. Tupperware juga ada 'warranty' seumur hidup.

Ramai orang menganggap semua plastik adalah tupperware. Terutamanya orang lelaki yang tidak tahu membezakan antara 'Tupperware', dan bekas plastik biasa. Tupperware biasanya memiliki logo dan katalog tersendiri. Produknya juga boleh dikenali dari kualitinya yang bermutu tinggi dan pelbagai variasi bentuk dan warna yang menarik. Jika anda tidak mengenali sama ada ia 'Tupperware' asli atau Tipuware, cubalah anda hilangkan atau tinggalkan bekas tersebut di pejabat anda. Jika bekas yang anda tinggalkan tersebut merupakan Tupperware, sekembalinya anda ke rumah, pasti ibu, atau kakak, atau isteri anda akan mengamuk atau membebel, "Dia tak tahu mahalnya tupperware tu!!", walaupun yang ditinggalkan hanya sebiji bekas makanan kecil. Sekiranya plastik biasa, mesti mereka cuma mungkin akan berkata, "Hai, basilah makanan tu.." tanpa menghiraukan bekas plastik tersebut. Ternyata, ia memang lumayan di hati mereka, si peminat Tupperware.(seperti saya :p) - Hanya jauhari yang mengenal manikam.ewah..

2 biji tumbler Tupperware yang saya miliki di sini

Last but not least, tiada ke syarikat atau brand lain yang ingin bersaing dengan syarikat Tupperware? Kerana saya rasakan syarikat Tupperware ini berasal dari US. Maka?? T_T

8 comments:

  1. Aduh...ni macam promosi tupperware pula. Fez jadi dealer ke stokis tupperware.

    K Ina pun suka tupperware, namun selalu hilang bila bagi makanan untuk orang. Sebab orang ingat tupperware sama harganya macam yg 2 ringgit tu.

    ReplyDelete
  2. hahaha...

    menarik artikel nie.
    cuma cara ntuk tahu keaslian Tupperware tuh mcm melampau sangat kot. Tu ah, lain kali kenalah bagitau kat orang laki pasal benda nie. Laki nie, kalau orang rumah xbagi tahu bukan nyer rajin nak tahu. So moral of the story, sila bagi tahu ek.

    ReplyDelete
  3. kak ina,
    minat juga kak nak buat parti tupperware dulu2. kalau nak jadi stokis kat jordan ni agak2 laku x?? hehe...
    kak ina murah hatinya bagi makanan kat orang guna tupperware.:p.

    kher,
    Cara untuk tahu ni lah realiti yang berlaku di rumah kita sekarang2 ni. paling senangnya begitulah. dah hilang baru tahu itu tupperware rupanya. tunggu2 lah, nanti adalah tu orang yang akan bagitahu . :p

    ReplyDelete
  4. tapi masa balik haritu, mak saya kata dia dah keciwa dengan tupperware. Sekarang ni sangat susah nak minta ganti, lambat dah susah lah pendek kata. lepas tu, sekarang ni barang dia especilly penutup asyik cepat pecah. Jadi, mak saya telah bertukar ke jenama yang lain, lebih murah dan kualiti dia pun setanding. Barang-barang dari Cosway. (Eh, Cosway US jg ke? huhu) kena tunggu produk joyahware,qilahware lah gamaknye.. hehe

    ReplyDelete
  5. Oh ye ke cik semplitt? xpe klu pecah boleh tukar lagi. eheh. kalau lambat nak dapat, hubungi saya terus. ewah.

    cosway?? murah2. boleh juga dijadikan alternatif tapi diiktiraf oleh pakar perubatan sedunia x? :p

    ReplyDelete
  6. t/ware design cntik..
    kalo tertonggeng pn..tk truk mcm bekas plastik yg lain..
    eh,qilah ware??
    sempitware sude..hahah
    mana layak ak yg tk brapa rajin nk belajar msk ni,buat t/ware..
    buat plastik makanan segera buleh kot..hehe

    ReplyDelete
  7. Jangan tak tau kilah. Kalau simpan makanan dalam tu lama-lama pun, lepas basuh Tupperware tu tak meninggalkan bau tau. Tapi tak pernah try la pula kalau letak makanan yang sangat 'kaw' bau dia macam tempoyak ke.. eheh.

    Boleh la sama-sama doakan nanti kau jadi entrepreneur muslimah yang berjaya bukak 'Qilahware'.cewwah.. Tapi versi tupperware la tau. Bukan hardware. (macam hebat pulak perempuan buka kedai hardware :p).

    ReplyDelete