45 minit lagi saya akan ke sekolah. (Baca : hospital).
Kawan saya me'recommend'kan movie 'Twilight' untuk saya tonton. Saya tahu cerita ini telah lama di'release'kan. Tetapi oleh kerana saya bukanlah orang yang gemar menonton movie, maka saya tidaklah berapa mengendahkan cerita tersebut. Namun beria benar dia meminta saya menontonnya.
Saya mengambil masa selama 4 hari untuk menghabiskan tayangan selama 1 jam 50 minit itu. Tengok sedikit demi sedikit akibat masa 24 jam yang saya rasakan kini tinggal 18 jam. Setelah tamat, saya terkesan dengan watak Edward Cullen dan keluarganya yang merupakan 'vampire'. Mereka bersatu dalam sebuah keluarga yang saling ingat-mengingatkan dan hormat-menghormati. Walaupun berhadapan dengan hidangan darah manusia, namun kerana hormatkan ahli keluarga mereka yang lain, mereka menahan diri daripada mencederakan Bella ( Teman wanita Edward) . Edward Cullen juga sangat 'protective' terhadap Bella - sanggup lakukan apa saja untuk menyelamatkan Bella.
Next...
Saya ingin mencatat sesuatu sebagai panduan bagi diri saya dan mungkin orang lain apabila sudah bekerja nanti.
Jangan sombong.
Walau dalam bidang apa pun kita bekerja, kita tetap akan berurusan dengan orang ramai. Elokkanlah budi bahasa dan tutur kata. Terutamanya yang bekerja di premis-premis kerajaan, mentang-mentang kita memang inginkan pertolongan mereka, kita sering dianggap sebagai 'menyusahkan'.
Jika kita buat pada orang lain sebegitu, bagaimana jika kita atau ahli keluarga kita pula diperlakukan sebegitu?
Sekali lagi saya terkesan dengan cerita Qilah yang menelefon pihak Hospital Kajang pagi ini. Sudahlah bercakap kasar...haiihh. (Walaupun begitu, bukan semua kakitangan Hosp Kajang sebegitu.):p
Betul, kadang-kadang jika penat, kita jadi tak terhirau perasaan orang lain. Tetapi tak bolehlah selamanya begitu...Orang lain pun penat juga. Bukankah menunaikan hak sesama muslim itu sesuatu yang dituntut?
ak mmg rasa kalo yg garang2 tu,makcik tk kawen..hahaha
ReplyDeletekeji giler ak ni..
Cik rohana UM,cool je..ak tepon mnyak kali pn..ok je..
siap nk extend tarikh pn ok..
ini,ak tk mintak xtend pn,bru tnya nk buat reapplication dh mrh..haihh
ak rasa gini la,bila kita keje nanti,ak tknk wujudkan senior buli jr..
mksdnya,kita equal la..sama2 ada respect atas nama manusia..
kalo sume org pn rasa ada superior..smpi bila pn houseman dibuli kan??
tp,ak rasa ak nk buli org perempuan lmbt kawen la..hahaha..mungkin dia ada tendency utk buli jr..so,ak buli dia dulu..
tah pape ak ni..haha
tkde kaitan pn houseman dgn kakitangan awam..
btw,kita experience bnyak kt sini org Arab buat keje ikut kpala dia..
kt msia pn ada juga..cthnya,makcik S kt hosp Kajang..haha..
pengarah pn tk ckp pape lagi..haihh
oo ada niat nak membuli nampak.
ReplyDeletejgn buli org la. kan itu ko kata identiti 'mereka yang lambat kawin'. isk sian le pula. tapi nak kata salah pun, ada betulnya. biasanya nurse yang garang-garang, atau makcik2 kerani yang garang, atau cikgu2 yang garang kebanyakkannya belum berpunya. (usual rule: apa2 pun xleh la nak generalizekan kan..)
salam
ReplyDeleteakak^^
salam ziarah..salam rindu..sume ade
betol2..nnt klu da jadi doktor..jgn sombong tau :)
wslm. hai sue.. awak ape kabar?
ReplyDeletesalam rindu untuk awak juga. lama betul tak jumpa. tak sangka ingat lagi eh.
inshallah moga tak sombong. :)