Accidentally I came across to this hadith while reading some tazkirahs on the webs...
Nabi bersabda; "Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi" ,(Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad).
Apa yang menarik perhatian saya adalah syarat yang Nabi SAW kenakan dalam hadis ini.
"Lelaki yang diredhai akan agama dan akhlaknya."
Sejauh manakah ketinggian agama dan akhlak yang diperlukan untuk mencapai keredhaan itu?
Bukan sukar untuk mencari lelaki yang 'secara fizikalnya' cukup solat 5 waktu, istiqamah membaca al-quran dan mentaati ibu bapa. Namun untuk menjadi pemimpin dan suami, saya fikir lebih daripada itu diperlukan. Kerana dia diperlukan untuk menjadi 'seseorang' kepada keluarga yang mungkin terdiri daripada isteri yang keras kepala, anak yang degil, ibu bapa mertua yang cerewet dan pelbagai jenis dan kerenah lagi. Dan untuk menangani hal ini semua, mereka mestilah mempunyai kekuatan dalaman dan luaran, juga yang boleh fleksible untuk setiap situasi.
Wanita juga begitu. Ramai wanita menutup aurat sempurna, cukup solatnya, tapi sejauh mana kekuatan hubungannya dengan Allah dan keelokan akhlaknya??
Bagaimana harus dia peroleh kekuatan dalaman dan luaran ini kalau tidak lain tidak bukan dengan kekuatan hubungannya dengan Allah? Kekuatan yang akan datang bukan saja dengan ibadah wajib, malah yang memerlukan sebuah kesempurnaan ketakwaan dan akhlak. Hmm, bunyinya seperti terlalu idealistik. Namun bukankah perlu untuk kita mencita-citakan sesuatu yang 'ter'baik supaya jadi 'ter'motivasi?
Cukuplah sedikit lontaran idea yang ingin saya bawakan dari hadis ini. Semua pandai berfikir sendiri.
Setiap hari kita membuka mata, syukur masih bernafas, syukur kerana masih ada masa untuk memperbaiki diri. Semoga hati kita semua terbuka untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari hari semalam.
::Astaghfirullah, astaghfirullah...::
bukan sampai mahu bagi ceramah di depan mcm ust hasrizal..menyanyi smbil beribadah mcm Akil Hayy..
ReplyDeletecuma tahu dia punyai kekuatan yg kuat dri dalam itu sudah cukup..=)
p/s:weh,ak makin gile lak tgk video kakak sorg tu..haha..leh senyum satu hari ak rasa sorg2..(sila tmpr muka sndiri sbb berangan lebih..haha)
betul2. itulah yang dimaksudkan.. 'kekuatan dalaman yang akan membawa ke luar'. cewah. ayat.
ReplyDeleteklu setakat tgok je vid tu, xde ape berlaku, buang masa ko je. baik ko realisasikannya. bukan lama lagi pun. ahha..(cepat la kilahhh..isk2)
huhu i guess, there's really nothing left to say.
ReplyDeletecuma, semoga berjaya?
subhanallah.
ReplyDeletepernah dengar jgak hadith nie.
memang betul. actually seorang lelaki itu adalah pemimpin kepada dirinya dan ahli keluarganya. perempuan juga seorang pemimpin. ketika mana suaminya tiada di rumah. kalau perempuan nak cari lelaki yang baik kerana nakkan kebaikkannya, sama juga dengan seorang lelaki inginkan wanita yang mampu mendidik zuriatnya dekat kepada pencipta.
untuk mendapat lelaki yang diredhai agama dan akhlaknya, sesorang wanita itu juga harus mempunyai sifat yang sama. kerana lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. dan sebaliknya.
muhasabah buat diri dan untuk semua. tingkatkan amalan. amalkan sunnah. jauhi perkara yang dibenci oleh Allah. insyaAllah kesudahan yang baik bagi mereka yang bertaqwa.
cik semplitt,
ReplyDeletesemoga berjaya?
en. kher,
betul tu. pernah dengar juga lah orang cakap, seperti mana lelaki nak isteri yang pandai masak, mcm tu jugalah isteri nak suami yang boleh jadi imam solat jemaah di rumah. hmm..
Selamat Bermuhasabah untuk semua.
semoga berjaya tu doa utk y org cium dinding bila belok kiri aritu huhu. miracle do happens! :D
ReplyDeletecik fez, ms baca "seperti mn lelaki nak isteri yang pandai masak.." tu ingatkan sambungnya mcm tu jugalah isteri nak suami yang pandai masak hee~ mcm timbal balik y
equal?
sape nak jawab, kenapa sy tak wish selamat berjaya kepada
ReplyDeletecik fez?
ouh..sy nk jawap..sat2..ak g bilik korg sat agi..kita borak2 apsal ko tk wish kt dia??haha..
ReplyDeleteSekiranya Allah meletakkan satu ukuran yang tetap apakah dia lelaki yang baik akhlak dan agamanya..maka sememangnya sgt sukar hendak dicari kerana apalah sgt yang dapat kita ketahui melalui perwakan luaran seseorang yg tidak dikenali..walaubagaimanapun Allah juga berfirman dalam surah an-nur--maka lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan wanita yang baik untuk lelaki yg baik--yakinlah dgn janjinya sekiranya kita berusaha menjadi yang baik, maka yang baik jugalah balasan untuk kita.sbg manusia, apa yang kita lihat hanya zahirnya shj, bg kita cantik itu adalah begini dan begini, baik kita baik juga adalah begini dan begini, sifir manusia begitu, kita melihat sesuatu itu dr apa yg kita sangkakan, tapi bg Allah..ruang masa bukan halangan, Dia mengetahui segala-galanya dr awal sehingga akhirnya kita tanpa batasan serta halangan waktu..maka dgn itu dia tahu yg terbaik untuk masa depan kita(bkn hanya di dunia, malah akhirat)..jd kiranya ada org yang menyatakan --nape la agaknya ada org tu dia cantik, tp suami dia biasa2je ya, atau mgkin juga untungnya perempuan itu dapat lelaki baik macam tu(mgkin kerana ada yg berfikir kerana perempuan itu nampak biasa2)..padahal Allahu a'lam..dia mencipta dia juga tahu segalanya..ITULAH TERBAIK BUAT ORANG ITU DI MATA ALLAH..jd kengkawan sekalian...let us make a change in anything that we do by making Allah as our 1st priority..people would say"well, dont b too idealistic, life has to b flexible"..let those who alwiz stuck d negative to rule their mind be as they wanna b..and life is ever changing..what we give, then we get back..I came across what a great speaker had said about the most important part in our life is to please Allah in everything that we do(as a goal indeed)..nak buat apa pun--ok ni please Allah or not?.if yes then proceed, if no, then dont do it..but we r lack of this i think(most of us)..surely we miss the most important part of what a muslim is all about..by putting him as ur 1st priority, only by this that u'll get da BEST in ur life..neway, nice topic to b discuss about.gud luck in ur exam.assalamualaikum
ReplyDeletecipot,
ReplyDeletepercaya pada suatu yang ditakdirkan Allah, I guess that's make a relieve. Dan berusaha untuk sesuatu yang dicita-citakan.. Hmm, wat a great prinsip actually.
Live life to the fullest! The fullest is to grab that Allah's redha.
All d best for u too.
Setuju dengan cipot cedot.
ReplyDeleteSepatutnya itulah yang perlu kita lakukan. Semuanya adalah kerana Allah semata-mata. Menggembirakan ibu bapa kerana Allah. Menggembirakan pasangan (yang dah berkahwin) kerana Allah. Cemerlang dalam pelajar kerana Allah. Semuanya kerana-Nya.
Jikalau itulah destinasi kita, insyaAllah apa jua yang berlaku kita akan terima dengan hati yang terbuka. Sebab segala-galanya dalam pengetahuan Allah.
Semoga cemerlang dalam peperiksaan kerana Allah kepada semua.