Tuesday, December 8, 2009

Satu dan Dua...

Satu
Akhirnya selesai 3 report minggu ini untuk dihantar kepada doktor. 15 muka surat penuh bertulis tangan - siap juga akhirnya...

Lenguh
Memang itulah hakikatnya bila menulis menggunakan tangan. (Fakta : Memanglah menulis menggunakan tangan bagi manusia yang normal.) Maksud saya, memanglah lenguh jika menulis laporan secara manual, bukannya menaip menggunakan komputer macam yang sedang saya lakukan sekarang - menaip entri di blog.

Tarbiyah
Sedar atau tidak. Ini juga adalah satu latihan buat kita. Melatih diri bersabar dan bertahan. "Kalau boleh ditaip laporan ni, mesti dah lama 'copy paste' kan.."
Juga satu muhasabah buat diri ini. "Siapa suruh buat 'last-minute'?? Cuti 2 minggu buat ape haa??"

Syukur
Rasa bersyukur sendiri apabila selesai menulis semua laporan meskipun mungkin tidak sempurna. Namun usaha untuk menyempurnakannya telah dicuba sedaya upaya. Alhamdulillah tangan mampu menulis. Kalau orang tangan bersimen, siapa nak buat report dia..:(..


Antara penat, sabar dan syukur... (3 report --> 3 hasil :))
Saja ambil gambar buat kenangan sementara tulisan masih bulat-bulat dan 'readable' . Akan datang, tulisan mungkin jadi tarik-tarik dan 'unreadable'..hehe

Jom tukar tajuk!

Dua

Saya rasa budaya hedonisme makin hebat menyerang jiwa-jiwa kita, jiwa-jiwa masyarakat Malaysia, juga masyarakat sedunia. Kata orang, dunia sepi tanpa hiburan.

Semua orang berlumba mahu menjadi popular. Mahu jadi artis pendek katanya.

Ya, memang itulah realiti dunia kini. Namun realiti bukannya sesuatu yang tidak boleh diubah. Realiti juga bukan semestinya sesuatu yang mesti kita ikut walaupun ia akan kita hadapi.

Jalan untuk mengubahnya??

Boleh.. Kalau semua orang faham, boleh berhibur tapi ingat, jangan buat kita lupa tuhan. Jangan buat kita tenggelam dalam keseronokan. Jangan buat kita mensia-siakan masa yang ada. Yang penting, kesan jangka masa panjang ; jangan biar kesan keseronokan dan kelekaan itu melekat di hati dan membuat kita lupa, kita mungkin mati esok hari.

Satu perkara,

Apa kita rasa jika berada dalam satu majlis yang tidak membawa kita kepada mengingati Allah? Saya masih bersyukur kerana sepanjang hampir 6 tahun saya di sini, saya merasakan semua majlis yang dianjurkan oleh PERMAI, oleh mana-mana persatuan sekalipun, ada motif dan mesej baik yang dapat disampaikan. Pasti ada sesi yang mengingatkan kita pada 'Pencipta langit dan bumi' ini. Paling tidak pun, kesan kerjasama dan ukhwah pasti terasa di akhir program. Justeru kita selesa sebegitu dan harapnya ia kekal sebegitu.

Back to the reality,

Realiti mengatakan, di Malaysia nanti, ada bermaaacam-maaacam majlis yang kamu perlu hadiri. Ada majlis itu, ada majlis ini, ada majlis suka-suka, ada majlis party-party. (Party tupperware?? I like:))

Justeru, perlukah kita menyiapkan diri?

Ya, me'nyiap'kan diri itu perlu. Tapi bukan mem'biasa'kan diri. 2 item yang lebih kurang sama, tapi ia berbeza.

Menyiapkan diri supaya kita tidak terkejut dan tidak menggeleng kepala, "Opps, ini rupanya realiti di Malaysia.."

Supaya tidak terkejut dengan REALITI itu. Orang yang yerkejut akan melarikan diri. Melarikan diri bermakna kita jauh dari golongan-golongan itu. 'Golongan' yang mungkin perlu kita dekati dan nasihati.

Bukannya memBIASAkan diri. "Kita perlu praktis dari sekarang. Balik Malaysia boleh join AF, boleh masuk Sehati Berdansa.." (Ok, contoh ini adalah keterlaluan. Abaikan dan cari persamaan lain.)

Kesimpulannya, tidak kisahlah di mana pun posisi kita. Carilah jalan supaya orang di sekeliling kita tidak lupa pada penciptaNya. Jika kita diberi peluang menganjur program, salurkan ke arah sesuatu yang memberi impak kepada jiwa. Jika kita diberi peluang membuat persembahan, semoga penonton terkesan dengan persembahan kita yang mendidik hati. Jika kita diberi peluang untuk memberi tazkirah, semoga mad'u kita dapat sesuatu yang mendekatkannya lagi kepada Allah. Jika kita diberi masa untuk berblog, semoga pembaca kita dapat pegajaran dari apa yang kita tuliskan. Dan jika kita mati, semoga pahala-pahala dari usaha kita memberi manfaat kepada orang lain itu menemani kita di alam barzakh nanti.

Sekian.

Jangan lupakan Dia..

((Milik-Nya lah kerajaan langit dan bumi. Dan hanya kepadaNyalah segala urusan dikembalikan..57:5))




Depan rumah saya, Sabtu, 5 Dis, 8.00am..Sejuk dan kabus menyelubungi, mengehadkan penglihatan untuk melihat lebih jauh...

5 comments:

  1. tulisan bulat2 cm donat...pagi2 dah dpt tazkirah....terima kasih kak... =)

    ReplyDelete
  2. Heh, donat-donat pun, itu yang ko cari gak time ke lowyatt. Bulat itu donat. Donat itu sedap!
    Tau xpe.. Jangan asyik berhibur. Cari lebih masa untuk Dia.
    Sesungguhnya peringatan ini untuk telinga orang yang bercakap itu lagi utama..:)

    ReplyDelete
  3. ust razi kata nk kembali pd fitrah tu lebih2 mudah.sbb pkr fitrah kita x perlu belajar.susah juga, sbb senang dpt,senang jg hilang T_T

    terngiang2 lagu 'open ur eyes' by maher zain. what a beautiful song kan?

    p.s: tiba2 teringat pula kenangan dgn cik lilin berpayung di pasum dulu.

    ReplyDelete
  4. Aah betul-betul.. Fitrah adalah suatu benda yang kita memang asalnya dilahirkan sebegitu.
    Justeru adalah fitrah bahawa manusia suka benda yang enak dan menghiburkan... Namun hiburan yang merosakkan itulah yang perlu dijauhi.

    Kan banyak lagi perkara boleh buat untuk menghiburkan hati.. :)

    p/s : Ape pasal tetiba teringat cik lilin? hehe. Kenangan lama mengimbau ya...(~_~)

    ReplyDelete