Sunday, March 29, 2009

Taman Asuhan

Kenangan semasa kecil terimbau sebaik terjumpa video nasyid kanak-kanak ini. Teringat ketika berusia 5 tahun dahulu, di Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam Kuala Kubu Bharu, saya bersama rakan-rakan sepermainan mendapat didikan awal kami. Inilah antara nasyid yang selalu kami lagukan baik di tadika mahupun apabila telah pulang ke rumah.

Tuhan itu satu, Tuhan itu satu,

Satulah satu, Tidaklah dua, Tidaklah tiga, Tetaplah satu,

Kami beriman, Kami beriman.

Part ini diulang-ulang sehingga abang saya turut mengajuk saya menyanyi ketika itu.

Tadika saya itu tidaklah besar mana. Ada satu kelas untuk murid-murid berusia 5 tahun dan 2 kelas untuk murid-murid yang berusia 6 tahun. Saya mula dimasukkan ke tadika itu ketika berusia 5 tahun.

Saya berulang-alik ke tadika dengan menaiki bas sekolah oren Pakcik Hashim. Kelas bermula dari pukul 8.30 pagi, berehat pada jam 10.00 pagi dan kami dibenarkan pulang pada jam 12.00 tengahari.

Yang paling saya ingat, kami disuruh menghafal banyak doa. Dalam banyak-banyak doa, doa masuk ke masjidlah yang paling sukar untuk saya hafal. (tak tahu kenapa). Asal nak masuk masjid saja, pasti saya yang tersekat lama di pintu masjid akibat kurang lancar membaca doa tersebut. Apabila dapat membaca dengan lancar, barulah kami boleh masuk ke dalam masjid untuk belajar solat.

Pernah satu ketika, cikgu mengadakan rombongan ke zoo negara. Saya yang ketika itu tidak pernah langsung berjauhan daripada keluarga berasa sangat berat hati untuk pergi. Walaupun ramai rakan-rakan yang 'excited' untuk pergi, saya tetap dengan keputusan saya untuk tidak menyertai. Sehinggakan apabila surat kebenaran untuk menyertai rombongan disampaikan kepada abah, sekali lagi abah bertanya, "Nak pergi tak?"

Jawab saya, "Abah tulis je lah, 'Saya tidak membenarkan anak saya menyertai..'. Tak mahu pergi."

Apabila saya memulangkan surat itu kepada cikgu, cikgu bertanya lagi. "Ayah kamu tak bagi pergi ke?"

"Aah, ayah saya tak bagi.."

Pandailah mengelentong. Padahal memang 'penyedih' nak berpisah sekejap. Bila difikir semula, apa la yang nak disedihkan sangat tu.

Ketika berusia 6 tahun saya berpeluang mewakili tadika ke Pertandingan Nasyid di Kuala Selangor. Pada mulanya saya tidak mahu pergi. Namun ibu dan abah akhirnya setuju untuk ikut bersama ke sana. Ibu dan abah menaiki kereta, manakala saya pula bergembira bersama rakan di dalam bas.

Pada Hari Penyampaian Hadiah menjelang hari-hari terakhir saya di tadika, saya dikehendaki untuk membuat persembahan nasyid, dan juga membaca surah al-Bayyinah. Kenangan manis yang tidak dapat dilupakan, saya dianugerahkan 'Anugerah Pelajar Cemerlang' pada tahun itu.

Sungguh banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan. Jika dibuat reunion semula, pasti sukar untuk saya mengingati wajah rakan-rakan lama di tadika tersebut. Doa saya, semoga semua rakan berjaya dalam apa jua lapangan yang diceburi.

Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TAKIS)

Kuala Kubu Bharu,

1991-1992

4 comments:

  1. fez, tukar layout lagi...hehe
    erm..byk kenangan ms tadika. saya masuk tadika masa umur 4 thun sbb temankan kakak saya yang tidak mahu ke tadika tanpa saya..(^_^)

    ReplyDelete
  2. salam..

    hehe, comey nya kenangan wkt tadika..n details la jugak pengalaman yg dilalui wkt tu..dlm byk2 bnda yg kte ingat..kte masuk tadika sama ngan adik kte..dia 5 thn, kte 6 thn..tp mslhnya si kakak ni pemalu sgt..nk gi toilet, adik yg tlg ckp kn kt ckgu..hihi..rasa nk tergelak bila ingat perangai wkt kecik tu..=D

    ReplyDelete
  3. haii inilah 2 contoh adik yang macho..(haha)
    jarak umur yang dekat, bestnya pegi tadika ada kawan. kalau kte nak buat gak mcm tu, alamatnya adik kte time tu baru 3 tahun. Takleh la nak susahkan akak dia ni.

    ain,
    baru 2 kali tukar layout.

    Odah,
    kakak ni x macho la..

    ReplyDelete
  4. salam..

    haha..kakak ni tgh develop ke'macho'an la wkt tu..dh besar2 ni, bru la terserlah..eh, mcm silap je..kte 6 thn..adik kte 4 thn lebih sbnrnya..ktorang kn beza 2 thn mengikut perkiraan tahun, tp beza setahun mengikut perkiraan bulan..=D

    ReplyDelete