Friday, January 29, 2010

Pro-Aspirasi menang bergaya

Pro-Aspirasi menang bergaya??

Oh, saya rasa tidaklah terlampau bergaya. Kebanyakannya menang tipis saja dalam Pilihanraya Kampus yang kebanyakannya berlangsung semalam.

Pada pilihanraya baru-baru ini, Aspirasi berjaya menguasai UKM, UM dan UPM...

Adik saya Pro-Aspirasi UKM tahu. Kalau bincang pasal ni dengan dia mesti tak habis dan 'end-up' dengan 'bertekak'. Dia sangat gembira Aspirasi menang. Heh.

Saya pun geram. Apa lagi, saya pun menelefon pakar rujuk utama saya, abah..

Me : Abah, apa pasal Aspirasi menang banyak ni.. Semua tempat dia menang. Sukalah Yah (adik saya) tu.

Abah : Hai, biasalah sekarang. Zaman abah kat UKM dulu, jangan harap Aspirasi boleh menang.

Me : Kenapa dulu lain, sekarang lain?

Abah : Dulu Pro-Mahasiswa kuat. Orang semua takut jika mereka bersuara. Sekarang ni, dah ada pihak ketiga masuk campur, susahlah. Contohnya macam adik, dah 'didoktrin' suruh sokong Aspirasi.

Me : Hahaha (Abah with me! Wewiit)

Bila dah letak telefon, saya lekas-lekas menelefon adik saya di UKM nun.


************


Me : Yah, abah kata ko kena doktrin! Hahaha (Saya gelak besar)

Yah : (Geram) Mana ada! Akak ngan abah memang.. sekapal! Tak boleh jadi ni. Kena balik ni, menegakkan kebenaran!


Ya. Akak dan abah memang seKAPAL dan seKEPALA menyokong Pro-Mahasiswa.. Hehe..Sila jangan emo. Harap bertenang kerana 'Aspirasi' kan dah menang.

Saja mem'provoke' dia. Biar kita 'main politik'. Jangan biar politik 'mainkan' kita. Adat bertanding - menang dan kalah. Budaya mahasiswa juga - bersuara dan melakukan perhimpunan aman menentang apa yang tidak memuaskan hati. Namun yang penting, semuanya biar berpada. Jangan sampai 'menang bersorak, tapi kampung tergadai.' Jangan kerana prinsip yang kita mahu tegakkan, ukhwah dan persaudaraan sesama Islam tercemar. Oh itu memang dah salah.

Pada saya, walau di manapun 'stand' kita, sama ada pro-kerajaan atau pembangkang, mahasiswa perlu matang.

Sekurang-kurangnya kita prihatin dengan apa yang berlaku di kampus. Tidaklah apabila ditanya, "Eh ada pilihanraya eh?", "Siapa menang? Tak tahu, malas nak ambil tahu. Tak suka politik."

Rugilah mereka. Sangat rugi. Itulah, yang tahu, cumanya apa 'movie' yang baru 'released', apa game yang latest untuk download, duit JPA dah masuk ke belum, bila nak pergi shopping, celik mata buka FB, layan Farmville. Semuanya aktiviti tak mengembangkan minda untuk berfikir.

Cuba luangkan masa untuk berfikir tentang masalah semasa, masalah yang berlaku di sekeliling. Cuba untuk berfikir kreatif, kritis, dan analitikal.

Mahasiswa yang 'pegun' pun tidak elok. Yang ekstrim juga begitu. Semua pihak perlu bersedia menerima kekalahan, dan cuba muhasabah agar tahun depan kita boleh menang bergaya semula~~

~Sedikit Info~

Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa adalah diibaratkan 2 buah parti besar selain calon BEBAS, yang biasanya bertanding dalam pilihanraya kampus (PRK) di tanahair.

Tahun lepas, Pro-M menang besar di UM. Namun untuk tahun ini Pro A merampas semula kemenangan tersebut.

Assisted Reproductive Technology

Sekitar 2 bulan ini, kebanyakan entri di sini berkisar di sekeliling dunia Obstetrics & Gynecology saja. Maklumlah, kini dalam fatrah sedang 'mengenali-hati budi'. (ayat tipikal golongan artis untuk menafikan gosip. :p) Bukan mengenali hati budi siapa pun. Cuma mengenali dunia bidang sakit puan ini dengan lebih mendalam.

Hari ini cuma nak bercerita tentang 'Assisted Reproductive Technology'.

Zaman dahulu, selepas 5-10 tahun jika pasangan yang telah berkahwin masih lagi belum dikurniakan zuriat, penyelesaiannya mungkin cuma.. menanti, berserah, berdoa... ataupun, si isteri berkorban untuk melepaskan si suami berkahwin lagi.

Zaman kini, banyak cara yang boleh dilakukan untuk membantu pasangan mendapatkan zuriat.

Saya pernah berjumpa dengan satu kes, di mana pasangan melakukan IVF (In-Vitro Fertilization) hanya selepas setahun berkahwin, semata-mata untuk membuktikan si suami sihat! Perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan kedua si suami selepas perkahwinan pertama mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Macam-macam...Apa-apapun itu hak mereka. Terserah.

Mari saya betulkan stigma orang ramai tentang 'infertility'. Ramai menyangka jika pasangan tidak dikurniakan anak, besar kemungkinan, si isteri yang menjadi sebab. Realitinya, berdasarkan statistik, faktor berlakunya infertility adalah 30% dari lelaki, 30% dari wanita, dan selebihnya 'unexplained cause' ataupun 'both male and female'.

Bagaimana yang dikatakan Assisted Reproductive Technology?

Ia merupakan prosedur di mana kita akan memonitor dan membantu daripada proses ovulasi, proses pengeluaran sperma, persenyawaan sehinggalah proses memasukkan semula telur yang disenyawakan ke dalam rahim ibu.

Teknik yang biasa digunakan..

Intrauterine Insemination (IUI)
Seminal fluid (air mani) yang telah diambil dari suami dan dimasukkan ke dalam rahim isteri. Berbeza dengan 'natural conception', seminal fluid akan disuntik terus ke dalam uterus melalui tiub 'melepasi' vagina dan cervix. Proses ovulasi juga perlu di'induce' sebelum itu untuk memastikan ada ovum untuk disenyawakan.


In-Vitro fertilization - Conventional
Ovum dan sperma dikeluarkan dari suami dan isteri dan disenyawakan di makmal. Kemudian telur yang telah disenyawakan akan dimasukkan semula ke dalam rahim ibu untuk proses penempelan. Biasanya 3-4 biji telur akan dimasukkan untuk mengurangkan peratus risiko kegagalan. Justeru kehamilan IVF biasanya menghasilkan kembar yang banyak.


IVF - Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI)
Untuk teknik IVF conventional, kita membiarkan sperm berenang sendiri untuk bersenyawa dengan ovum. Namun untuk teknik ICSI, kita membantu dengan lebih cepat dengan menyuntik sperm ke dalam ovum. Ia juga dilakukan di makmal. Kemudian telur yang telah bersenyawa dimasukkan semula ke dalam rahim ibu

Assisted Hatching
Ia membantu proses penempelan. Kadangkala terdapat embryo yang mempunyai dinding tebal dan menyukarkan penempelan di rahim. Maka satu lubang kecil akan dibuat di dinding embryo untuk memusnahkan lapisan 'zona pellucida' di sekeliling embryo dan membantu proses penempelan berlaku di dinding rahim.



GIFT (Gamette Intrafallopian transfer)
Ovum dan sperma dikeluarkan dan di'cuci' di makmal. Kemudian kedua-duanya disuntik semula ke dalam tiub fallopia untuk dibiarkan bersenyawa sendiri di sana.

ZIFT (Zygote Intrafallopian Transfer)
Zygote yang terhasil selepas persenyawaan di dalam makmal, dimasukkan semula menerusi fallopian tube. Berbeza dengan IVF, dimana kita memasukkan embryo selepas 3-5 hari persenyawaan. Zygote pula hanya mengambil masa lebih kurang 24 jam selepas persenyawaan.
((Proses pembentukan manusia .. zygote > embryo > fetus))

Teknik terkini...

Sex Selection
Pasangan kini boleh memilih jantina janin mereka. Ada mesin yang boleh mengenalpasti sperma yang membawa kromosom X (lelaki) atau Y (perempuan). (Doktor tidak ingat apa nama mesin tersebut). Misalnya pasangan inginkan anak lelaki saja. Maka mesin tersebut akan 'mencuci' semua sperma yang membawa kromosom Y. Maka hanya kromosom X saja yang tinggal untuk disenyawakan.

Teknik lainnya, menurut doktor, mereka mengenalpasti sperma berdasarkan 'kelajuan' ia bergerak. Sperma yang membawa kromosom X (lelaki) bergerak lebih laju. (Untuk part yang ini, tergelak kami dibuatnya apabila doktor membuat lawak. Katanya, teknik ini tidaklah dapat diyakini 100% kerana ada juga sperma berkromosom Y (wanita) yang bergerak laju dari lelaki.:P)

Genetic screening.
Sebelum dimasukkan semula ke dalam uterus, embryo akan di'screening' untuk memastikan tiada kecacatan. Ujian karyotype dijalankan. Embryo yang mempunyai sebarang kecacatan kromosom seperti Down syndrome dsb akan dibuang.

Sekian tutorial hari ini. Apa-apa pun, zuriat itu rezeki dari Allah. Jangan jemu berdoa agar dimurahkan rezeki..:)

Menarik juga bidang 'Reproductive Endocrinology & Infertility' ini. Ia merupakan salah satu 'subspecialty' yang ada dalam bidang Obstetrics & Gynecology selain 'Maternal-Fetal Medicine (MFM)', 'Gynecological Oncology', 'Urogynecology and pelvic reconstructive surgery' dan lain-lain lagi.

Thursday, January 28, 2010

Put yourself in other's shoes

Hari ini saya lupa, 'morning report' tiada. Tapi saya dah keluar awal dari rumah. Macam nak tumbang berjalan dalam kesejukan dan angin yang sangat kuat. Banyak juga butir-butir ais di tepi jalan. Tapi 'still'.. salji masih belum berguguran di bumi Irbid. Agak-agak merasa tak kami bersalji tahun akhir di sini?? Hmm..

Saya naik ke wad untuk mengambil case seperti biasa. Ada beberapa kes 'new admission'.
Ada kes 'vaginal bleeding'. Pada mulanya saya bercadang untuk mengambilnya sebagai 'short case' saja, namun memandangkan patient tersebut 'well-cooperative', saya pun terus ambil kes penuh.

"24 year old, G1P0, admitted from ER due to Vaginal Bleeding"

Belum pun separuh jalan, tiba-tiba masuk seorang lelaki. Suami dia rupanya. Oh saya sangat tak selesa kalau ada si suami pesakit menemani. Saya pula rasa segan nak bertanya. Maklumlah Obstetrics & Gynecology case.

Namun saya teruskan juga. Sayang pula berhenti di tengah jalan.
Tidak beberapa lama kemudian, masuk 2 orang MO. Dr. A dan Dr. B.

Dr. A : Selamat pagi. Saya Dr. A. MO under Dr C (Specialist). Saya nak beritahu, anak awak tak dapat diselamatkan. Air ketuban dah tiada langsung. Kalau awak setuju kita kena buat operation untuk 'buang kandungan' tu.

Pesakit itu merenung muka Dr. A dengan penuh harapan.

Suami : (Terdiam) Aku nak tunggu Dr. C (Specialist) datang.

Dr. A : Dr. C di tingkat atas. Kami dah bincang dengan dia. Dan dia yang suruh kami turun untuk beritahu kamu. Tak ada gunanya nak tunggu lagi. Buat apa nak 'azab' mak dia. Baby pun dah tak boleh nak hidup. Air dah kering. Macam mana nak membesar, macam mana nak bergerak, nanti langgar dinding rahim (sambil buat gaya). Jadi macam mana?

Berkali-kali juga si suami bertanya "Tiada harapan lagi ke.."
Dan akhirnya dia akur dan berkata, "Kholas, tawakkaltu alallah"

Kemudian Dr A terus berlalu..

Saya terpaku sekejap melihat muka si bakal ibu tadi tenang tapi hidung dan matanya mula merah.

Saya yang agak terkejut, terus berkata kepadanya,"Boleh kita sambung? Atau 'kholas'?" (Terasa pula diri ini 'lampi', pergi bertanya soalan itu kepada pesakit yang baru saja berhadapan dengan berita menyedihkan seperti itu.

Dia senyum tapi sudah mula teresak.

Terus suami dia berkata, "Kholas.." Saya faham, saya harus meninggalkan mereka. (*Kholas- Sudah/Habis)

"Kher inshallah, salamtik.." Saya pun tak tahu nak cakap apa. Terkejut. Sedih. Kasihan mereka. Belum ada rezeki. Inshallah itu yang terbaik buat mereka... Kasihan juga buat saya. Terpaksa cari kes baru...T__T. Nasib baik masih sempat.

Saya terkejut dengan cara doktor MO tersebut 'breaking bad news'. Dia perempuan, pesakit juga perempuan. Cara dia bercakap seolah tak memahami langsung perasaan pesakit tersebut.

Dan saya cuba menyedapkan hati, 'It's ok kot for Arabs, but not me..'

Pengajaran : Selalulah letak diri kita di tempat orang lain atau dalam pepatah english nya, "Put yourself in other's shoes". Naknya jika kita berada 'di atas'.

Tamat kisah pengajaran. Ambil ya pengajaran hari ini.

Akhirnya saya ambil kes 'Molar pregnancy'...

Saya teringat, dulu semasa kecil, saya fikir 'kembar' terjadi apabila 2 sperm bercantum dengan 1 ovum. 'Kurang matang' kan.. :p..

Bila dah besar baru saya tahu, once sperm bercantum dengan ovum, ada sejenis 'chemical' yang dihasilkan untuk menghalang sperma lain dari masuk ke ovum yang sama. Kalau 2 sperm + 1 ovum, maka terjadilah molar pregnancy ataupun dalam bahasa melayunya 'kandungan anggur' (comel nama).. Berkemungkinan tiada bayi langsung, yang ada cuma kantung-kantung plastik (seperti anggur. Aaaa tak retinya nak describe dalam bahasa melayu), ataupun uri dan bayi boleh terbentuk, namun tidak sempurna. Dan kebanyakannya kandungan tidak dapat diselamatkan.

Tidak mengapa menangis...

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.” (Ali Imran:185)

Tangisan bukanlah luar biasa untuk menzahirkan kesedihan, malah itulah yang sedikit sebanyak meredakan kepiluan tetapi umat Islam tidak boleh meratapi kematian.

Diriwayatkan daripada Anas bahawa apabila Rasulullah SAW melihat Ibrahim, putera kesayangan baginda menghembuskan nafas yang terakhir, air mata Rasulullah mengalir deras. Lalu Abdurrahman bin Auf pun bertanya: “Mengapa engkau menangis wahai Rasulullah?”, Baginda menjawab: “Wahai Ibnu Auf, ia adalah air mata rahmat”. Kemudian Rasulullah SAW menyambung: “Sesungguhnya mata itu dapat menitiskan air, hati dapat bersedih dan kami tidak mengatakan sesuatu kecuali yang diredai oleh Allah. Kami sangat bersedih kerana berpisah denganmu wahai Ibrahim (Muttafaq ‘alaih).”

Perlu diingatkan bahawa meratapi dan menangisi kematian secara keterlaluan seperti tidak meredai apa yang ditakdirkan Allah SWT adalah satu perlakuan orang jahiliah dan diharamkan dalam Islam.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Abdullah r.a katanya: Telah bersabda Nabi SAW: “Tidak termasuk golongan kami orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak baju dan berteriak-teriak seperti berteriaknya orang jahiliah.” (Riwayat Al-Imam Bukhari).

Tidak sia-sia orang yang turut berkongsi duka dan mengucapkan takziah kepada keluarga si mati kerana Allah SWT turut memberi ganjaran sama seperti orang yang sedang bersedih kerana kehilangan ahli keluarga.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dari Abdullah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Siapa yang mengucapkan takziah kepada orang yang ditimpa musibah, maka dia memperoleh pahala seperti pahala orang yang mendapat musibah.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

Antara ucapan yang sering diucapkan ialah “mudah-mudahan Allah Taala membalas kepadamu dengan pahala yang berganda-ganda dan diperelokkan dukacita dengan sebaik-baik hiburan serta diampunkan akan si mati daripada keluarga kamu.” (('Azhomallahu ajrokum))

Orang yang bersabar menghadapi kematian adalah orang yang sentiasa berada di bawah perlindungan Allah.

“Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya. Dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayahNya.” (Al-Baqarah:156-157)

Yang masih hidup, kematian sepatutnya menjadi iktibar untuk sentiasa beringat mengenai kehidupan yang sementara, cuma tiada apa yang dibanggakan dengan kehidupan dunia, sebaliknya ibadah dan takwa juga yang merencanakan kebahagiaan di akhirat sana.

(Petikan dan editan dari BH)





Allah knows (Zain Bikha)

When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows Allah knows

No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows Allah knows

And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon,
shout it to everyone
Allah knows Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows Allah knows

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs,
never fret never frown
Allah knows Allah knows

Every grain of sand,
In every desert land, He knows.

Every shade of palm,
Every closed hand,
He knows.

Every sparkling tear,
On every eyelash,
He knows.

Every thought I have,
And every word I share,
He knows. Allah knows

Sunday, January 24, 2010

Allah knows, Allah knows...

Terasa ringan langkah kakiku,
Ingin berlari
mendampingimu,
Terus mendakap jasadmu erat,
Mengusap air mata yang lebat,
Moga bisa jadi penawar lara mu.

Teman...
Meski berbatu jarak kita terasing,
Doa buat ibumu
Kupanjat nan tiada henti,
Moga dia tenang dalam semadi,
Bertemu cinta hakiki..

Doaku buat dirimu,
Moga tabah menghadapi,
Meyakini satu ketentuan azali,
Yang dicipta Ilahi...

::(3:185)::

::Al-Fatihah buat ibu Hetty Ayuni Sulaiman,
(Almarhumah Puan Junainah, 1954-2010)::

Friday, January 22, 2010

Menarik seminggu...

Pernah tak ada orang mengucapkan terima kasih pada anda selepas anda membuang sampah?
Satu pagi, dalam perjalanan menunggu bas ke hospital, saya membawa bersama plastik sampah untuk dibuang di tempat pembuangan sampah. Kelihatan ada 'pakcik pembersih' di situ. Sebaik saja saya meletakkan sampah di situ, pakcik itu terus berkata, "Syukran.."

Terus saya pandang muka pakcik tu. "Eh apesal?"
Kemudian Qilah jawab, "Pakcik tu memang macam tu. Dah banyak kali dah.."




Unik.
Mungkin dia berterima kasih kerana kami membantu mengurangkan kerjanya. Di sini, biasa saja orang membuang sampah bukan pada tempatnya.

::Sesekali, buang sampah pun terasa ada orang hargai..Haha::


************************

Saya hairan bagaimana doktor yang bertugas di wad Nisaiah a.k.a Obstetrics & Gynecology boleh mempunyai kuku seperti ini?





Tak carik ke 'glove'?
Bagaimana nak melakukan 'vaginal exam'? Boleh luka pesakit tu...
Kuku dia pun mungkin boleh guna untuk 'curretage' Huhu.

Kalau saya jadi specialist atas M.O tu, mesti saya dah beri amaran pada dia. Memanglah cantik, tapi tak sesuai dengan kerjaya anda...

****************************

Doktor O&G itu merokok di klinik sambil dikelilingi oleh pesakit-pesakit (wanita-wanita mengandung)

Kalau ikutkan hati, memang hilang sabar. Kalau pun tak nak jaga kesihatan peparu sendiri, fikirlah kesihatan orang lain!!

Selfish!! Ignorance!!



****************

Minggu ini minggu rotation saya. Untuk minggu rotation, pelajar dilepaskan bebas untuk ke mana-mana. (Bukan balik rumah, tidur ke apa). Tetapi pelajar dibenarkan untuk ke Operation Room, Labor Room, Clinic atau Emergency Room.

Hari saya di ER, ada seorang ibu yang sarat mengandung. Menunggu jam untuk bersalin. Dia bersendiri. Apabila doktor dan nurse telah menyiapkan butiran untuk dia di'admit', dia seorang jugalah yang mengangkut beg berisi pakaian baby, dan sebuah plastik besar yang saya sendiri tidak tahu apa isi kandungannya...Terkial-kial dia.. Kasihan.. Hati meruntun tiba-tiba, "Mana suami dia... Tak kasihan ke melihat isteri dia bersusah seperti itu??"

********************

Di klinik, seorang ibu mengandung datang untuk melakukan pemeriksaan 'Booking Visit'. Doktor mengarahkannya untuk masuk ke bilik ultrasound. Ibu tadi berkata dengan muka yang excited, "Sekejap doktor, nak panggil suami aku.."

Doktor berkata, "Buat apa nak panggil suami kau?"

"Nak tengok baby sekali..."

"Tak payah, tak payah.. Buat apa nak tengok. Itu pun nak tengok.."

Kemudian, wanita itu pun berkata pada suaminya,"Tak yah la bang, doktor tak bagi.."(Ni ayat bahasa Melayu nye lah) dengan muka yang sedikit hampa.

Huhu. Hati batu betul lah doktor ni. Geram juga. Saya faham keadaan klinik sebegitu sibuk dan ramai pesakit wanita di dalam bilik rawatan tersebut. Tapi, cara nak bercakap pun biar kena kot. Kena hargai perasaan wanita itu..

Habis minggu rotation...


'Log paper' yang perlu ditanda tangani doktor untuk minggu rotation. Tak penuh pun..Huhu


::Minggu depan balik KAUH... aaaa ni yang tensi ni..::

Wednesday, January 20, 2010

Terima kasih teman...

Baru sebentar tadi saya menamatkan perbualan dengan 'kawan lama' dari bumi Komunis nun jauh di sana.

Saya akui 'belum cukup mengenalinya' namun peribadinya menarik dan membuatkan kita tidak segan untuk berbual dan bergurau senda. Terasa seperti adik-beradik yang lama terpisah ketika berbual dengannya sebentar tadi di Yahoo Messenger.

Sempat bertukar cerita dan nasihat, dia punyai banyak pengalaman sepanjang hidup di sana. Biah kita berbeza, namun kita punyai matlamat yang sama kan...((Islam perlu diperluas))

Sebelum 'berpisah', dia menaip...

**Saya nak lukis sesuatu untuk awak
**Saya menunggu

Dan ini hasilnya!!

(Faham kan??)

Dia lukiskan sesuatu buat saya, dan saya terharu..T__T

Katanya lagi, semoga ia jadi peringatan buat semua... "Cinta... biar didasari dengan cinta Allah"

Terima kasih teman...:)

Where my hope lies...

I wish, I pray, I dream...

One day, I could be like her...

or him...



Definition:
Obstetrics is the medical specialty focusing on the care of women during pregnancy and childbirth. Obstetrics is usually practiced in conjunction with gynecology, which is the medical specialty focusing on disorders or diseases of the female reproductive system.

Pros and Cons of This Profession:

When asked what they enjoy about practicing obstetrics and gynecology, physicians often tell me they really enjoy bringing new life into the world. One physician told me that she fell in love with obstetrics after witnessing and assisting in her first delivery, early in her career. She said that being the first human to hold another human in her own hands was an amazing feeling.

The flip side of that however, is the often rigorous call schedule that can take you away from your family time or personal pursuits. Another downside is the high liability that comes with delivering babies.If anything goes wrong during labor and delivery, it can be devastating, and the lives of the baby and the mother can be jeopardized. This liability results in higher malpractice insurance costs for many ob/gyn physicians, even those physicians who have a relatively clean practice record.


**************



Let me bring you a story, why did this 'mama-doctor' choosed to be an Obs&Gynecologist.. Have a read!

Lately, for me, all you have been hearing is bitch, bitch, bitch about how this or that sucks big hairy ones (can't wait to get the misguided google searches on that one). So why, you collectively ask me, either outright or in your minds, do you put up with all that you do? Why not quit and become a garbage collector or something? This list, my friends and frenemies, is why:

~ Bringing babies into the world is, quite simply, awe-inspiring. I love it. It is so special and intimate, that moment when a family is born (and re-born), and I feel privileged to be a part of it.

~ I love helping women. Women are way too busy taking care of every one else to worry about taking care of themselves. It is good to have 15-20 minutes to sit and listen to women, and make suggestions on how they can better care for their own needs.

~ I like to *fix* things. I am, at heart, a fixer. I want to change things for the better, and being an Ob/Gyn allows me to do this more often than not. I find this infinitely satisfying when I can make things better through surgery or medical treatment.

~ I enjoy the continuity of care that being an Ob/Gyn affords. I love being able to deliver multiple babies for the same patient, and then be able to take care of their Gyn needs once childbearing is over. I like the lasting relationships the field can foster.

~ I like to do Gyn surgery. General surgery, to me, was overwhelming, but Gyn surgery affords me the ability to do a variety of cases in a limited area of the anatomy. The perfectionist in me enjoys the focus on one organ system, but there is always good enough variety to keep it interesting.

~ Procedures are fun. Not just surgeries, but colposcopies, LEEPs, IUD insertions, polyp removals, and endometrial biopsies are all very enjoyable, and the results are often immediately evident. Highly satisfactory.

~ There is a limited amount of pharmacology. For me, it is pretty much antibiotics, hormone replacement or suppression, birth control, anti-inflammatory meds, the occasional hypertension or diabetes med, and some anti-depressants. I loathe polypharmacy, so I enjoy the clean and simple pharmaceutical profiles that Ob/Gyn provides.

~ The patients. That's right, for all that they do to drive me crazy, it's the patients that keep me coming back for more. Be it the infertile woman that I helped to conceive, or the anemic, miserable woman whose ills were cured by a simple procedure or surgery, or even the chronic pain patient who got the correct diagnosis, treatment, and subsequent improved quality of life. I do this for the patients, plain and simple.

~ At the end of an exhausting day, I feel that I am making a difference and an impact for good in people's lives. That fact makes the unbearable actually bearable.So, look, I love my job. I love it. For all of my whining, I wouldn't do anything else. I hope this answers the questions out there.

Thank you for listening.
~Dr Whoo (www.mothersinmedicine.com)

I'd like to recommend you this blog.

Monday, January 18, 2010

Best wishes...

Alhamdulliah, I turn 24 today!
Ramai yang mesej melalui sms, facebook dan juga phone-call..Phone-call yang pertama saya terima dari my cik abang. (Dont get me wrong. He is my big brother. Cuma terpengaruh dengan tulisan adik saya di blognya - panggilan 'cik abang' dan 'cik kakak'). Kemudian ucapan diikuti oleh ibu abah, 'cik adik', saudara-mara, kawan-kawan di Malaysia, kawan-kawan di Jordan dan di tempat lain. Maklumlah Malaysia awal 6 jam dari Jordan.

Terasa diri begitu dihargai.
Tadi kami keluar sekejap untuk makan-makan. Namun memandangkan esok kelas, jadi kami hanya keluar berlima. Saya, Qilah, Farah, Sarah dan Tiqah Nazri. Tidak sempat untuk mengajak semua satu batch lengkap.

Destinasi kali ini, di Via Via, Irbid Mall. Terima kasih semua yang membelanja! Mereka membuat saya terharu. Inshallah, ini birthday saya yang terakhir disambut bersama di Jordan. Sedihnyaaa... Tidak mengapa, tahun depan sambut dengan keluarga semula inshallah.

Adik ada buat kek coklat dan tampal kad birthday di bilik katanya.. Huhu. Sungguh terharu.

Last but not least, TERIMA KASIH SEMUA. Semoga Allah merahmati kalian..:)

::Kadang-kadang pada hari birthday pun boleh jadi sangat sensitif, walaupun masih dalam kegembiraan..::

Wednesday, January 13, 2010

Kena sabar!

Sudah 2 hari saya lewat ke morning report.
Tiba setelah doktor sampai dan MR telah bermula.

Sudah 2 hari saya seakan berjoging ke hospital.
Tachycardia dibuatnya.

Semalam, saya keluar rumah pada jam 715. Setiba di Mujamma3 (Stesen bas), kelihatan gajah besar sedang memenuhkan isi perut. Dalam hati dah terdetik, "Ya Allah, lambatla aku hari ini.."

(Gajah besar : Bas besar yang bajet efektif tapi lambat. Penumpang dituntut untuk bersabar..)

Sangkaan tak meleset. Pukul 735, bas baru bergerak. Nota yang dibuka di depan mata tidak lagi dapat diberi fokus. Saya bimbang kelewatan. Bas pula bergerak dengan perlahan, gayanya seperti banyak panorama indah yang perlu ditonton sepanjang jalan. Saya rasa nak meletup dah menahan sabar.

Tiba di universiti lebih kurang jam 750. Apa lagi, pasang kaki kuda lah jawabnya. Setiba di depan laluan masuk, pakcik guard mengarahkan saya untuk ikut laluan susur bawah tanah.
Dalam hati saya berkata, "No way, aku dah lambat sangat ni."

Sambil buat muka minta simpati, saya berjalan dengan super laju sambil bercakap dengan pakcik guard tersebut, "Asif ammu, ana must3jil kthirrr.." (Maaf pakcik, saya dah lambat ni..)
Saya bercakap sambil berjalan dan nekad, kalau dia tak bagi, saya nak lari juga. Tak mahu saya ikut jalan bawah yang melambatkan itu.

Ammu tu sempat berkata, "Musta3jil kathr?? Yallah ruhii" (Kau nak cepat? Dah, pergi!)

Alhamdulillah, saya sambung jalan lagi.

Saya tiba di bilik Morning report, pintu sudah pun berkunci, menandakan.. SATU : Morning Report telah bermula. DUA : Doktor yang mengetuai Morning report itu mungkin 'malignant'. TIGA : Kalau masuk juga, peluang untuk kena marah adalah 75%.

(Malignant : Gelaran yang diberi oleh pelajar KAUH untuk doktor yang digeruni)

Saya seolah dah 'surrender' berdiri di depan pintu. 'Absent' la nampaknya hari ini. Seorang Dr MO yang sama-sama lewat dengan saya mengetuk pintu bilik MR tersebut. Pintu dibuka. Dia mengajak saya masuk sekali. Saya memberanikan diri untuk masuk. Saya menelan air liur. "OMG, Dr Ilyas Sana3!" Antara doktor O&G yang saya cuak...

Saya terus duduk. Alhamdulillah dia tak bertanya apa-apa. Pintu kemudiannya diketuk lagi. Ada beberapa orang pelajar dan MO cuba untuk masuk. Namun Doktor terlebih dahulu memerli akan kelewatan mereka dan menyuruh mereka keluar semula. Waktu itu, saya sangat bersyukur kerana 'awal' sedikit dari mereka. Rezeki...

*************************

Hari ini, saya keluar seperti biasa, jam 715 pagi. Berjalan ke mujamma3 dengan aman dan damai. Orang masih tidak ramai, mungkin kerana masih awal. Setiba di Mujamma3, cuba teka apa yang saya nampak???

Gajah besar itu lagi!!!!! Menunggu mangsa masuk ke dalam perutnya!!

Oh tuhan, kurniakan saya kesabaran! Terfikir juga untuk mengambil teksi, atau menaiki kemudahan-kemudahan lain. Tetapi memandangkan pilihan-pilihan yang lain itu juga mungkin mendatangkan 'hasil kelewatan' yang lebih kurang sama ataupun saya pula terpaksa berbelanja lebih, sekali lagi saya memilih untuk masuk ke dalam perut 'gajah' itu. Orang yang tidak ramai membuatkan bas besar itu terpaksa menunggu untuk penumpang penuh.

Lebih kurang 735-740 juga, baru bas bergerak. Saya dapat rasakan hari ini pakcik driver 'speed' sedikit berbanding semalam yang lagaknya macam bas dalam zoo.

Pakcik driver tidak berhenti di jalan hospital. Jadinya saya pula yang kena SPEED UP berjalan ala-ala mempunyai kaki kuda (kredit untuk Farah yang memperkenalkan istilah ini.. haha) dari universiti ke hospital yang kira-kira jauhnya 3-400 meter!! Kot... Atau lebih, atau kurang? Entah laaa..

Masuk saja hospital, jalan jem dengan troli yang membawa roti. Sabar, sabar. Saya menuruti belakang troli itu sambil tolong menolaknya sekali. Pada hal sebab saya nak cepat. Heh. Troli itu lebih tinggi dari saya. Dalam kelam kabut itu, beberapa plastik roti jatuh menimpa saya..Haihh, waktu ni pula dia nak jatuh.. Sudah jatuh ditimpa roti betul ni. Sebaik saja melepasi ruangan yang sempit itu, ada ruang untuk memotong troli itu, saya cakap pada ammu yang menarik troli itu, "Asiff ammu.." Sebab saya tak tahu, saya kah yang buat roti itu jatuh. Huhu. Terus sambung berlari.

Konon nak cepat, naik lif pekerja. Haha. Amik sekali, setiap tingkat ia berhenti! OMG I was really late! Jam menunjukkan 8.03 am. mesti semua orang sudah berkumpul. Farah message, katanya Dr Zuhair yang in-charge Morning Report. Ok, lega sedikit. Tiba di floor, pintu masih terbuka, saya ketuk pintu dan masuk, sambil berkata dalam hati, "Aku lagi lewat... Tebalnya muka.."

****************************

Pada waktu genting ketika itu, saya cuma harap agar diri ini dapat sabar. Waktu nak cepat itulah, ada orang block jalan. Waktu nak cepat itulah, lif berhenti di setiap floor- melewatkan lagi perjalanan. Waktu nak cepat itulah, macam-macam perkara berlaku. Kesabaran memang teruji. Namun Allah telah menetapkan apa yang bakal berlaku. Untuk yang melegakan, kita ucap 'Alhamdulillah'. Untuk yang meng'uji'kan dan tidak menyenangkan, ucap 'Innalillahi wainna ilaihi rajiun'. Mungkin ia kelihatan tidak baik untuk kita, namun di sisi Allah itulah yang paling cantik dan baik...

Indahnya nikmat bagi mereka yang bersabar...:)

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
::Esok tiada Morning Report... Boleh tak kalau saya tak nak tengok gajah besar itu lagi?? Macam fobia..Huhu..::

Curiosity killed the cat...

Baru-baru ini apabila mendengar Nasyidfm di laptop, sering pula kedengaran lagu baru kumpulan Saujana ini. Pada saya, lagu ini best.. Cari di mana-mana untuk download tapi belum jumpa lagi...


KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI

PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA


Curiosity killed the cat...

Disebabkan seekor kucing itu 'curious' untuk tahu apa yang ada di dalam perigi, ia pun terjun. Akhirnya, ia mati kelemasan. Contohnyalah...

Kadang-kala lebih baik untuk kita tidak tahu dari mencari tahu, bukan???

Tuesday, January 12, 2010

Discrimination Zone

Minggu kedua Obs & Gyne...

Tadi kami berseminar bersama Dr Haifa. Katanya sebelum memulakan seminar, "We will have quiz for 5 minutes. Do u want to do it now or after this?"

Semua pelajar sebulat suara, "After this doctor!"

Apabila tamat seminar, pelajar-pelajar Arab yang lain baru terkial-kial mencari kertas dan pen untuk kuiz.

Saya berkata pada Farah, "Mesti dr nak tanya, 'What is the discrimination zone.."

"Discrimination zone is a level of B-Hcg which an intra-uterine gestational sac will be detected using ultrasound. bla2..."
Sempat juga me'recall' bersama-sama Farah.

Sekali...
Dr Haifa bersuara, "Ok, the question is, within 5 minutes, write...
What do you understand from discrimination zone?"

Aha!!!

As expected!!!

Bukan apa.. Sebab 2 minggu lalu, saya 'bekerja keras' untuk mengingati definition of discrimination zone. Baca sekali, lupa.. Kemudian, baca benda lain, jumpa lagi perkataan 'discrimination zone'. Pastu hafal balik. 2-3 hari lagi, lupa balik sebab tak recall. Fikir-fikir, tak boleh jadi ni. Mesti kena hafal betul-betul... Alhamdulillah, berbaloi hafal dengan bersungguh.:)

MENARIK :: Satu:: Kenapa gajah melintas jalan?



Gambar ini dicopy-paste dari BH hari ini. Berlaku di Jeli, Kelantan. Kesian gajah ni nak melintas jalan. Mesti ada orang kacau rumah dia ni. Itu sebab dia keluar dari hutan...:(



MENARIK :: Dua ::

Post-OSCE 4th year' exam : Macam-macam ragam yang mereka ceritakan. Maklumlah pengalaman pertama. Saya dan Qilah keluar makan bersama adik-adik 4th year yang baru habis OSCE hari ini.

Ada yang kena plot growth developmental chart. Didapati ia 'below 5 %centile'.
Pelajar : This shows height below 5%centile.
Doktor : Ok. comment?
Pelajar : I dont want to comment. I want to do...bla2..


************

Tak picit 'hygiene' adalah satu 'dosa besar'... :p

Sebelum exam,
pesan kami pada junior, "Kalau ada 'hygiene', picit. Kadang ada markah situ.."

Selepas exam,
Junior : Akak, saya cari hygiene atas meja doktor tak jumpa. Puas tengok keliling.
Akak : Haha, bawah meja korang tak tengok??

Hygiene : Anti-septic hand sanitizer. Untuk round Peds, usually it is a must to practice this.

Hahaa, akak gelak sorang-sorang bila teringat korang bercerita tentang pengalaman OSCE.. :)

By the way, itulah pengalaman kan.. Ada baaaanyak lagi OSCE yang akan korang tempuhi selepas ini. Inshallah, akan bertambah baik. Semoga semua cemerlang!!

::To Azah, Mahfuz, Diana, dan tak dilupakan Cik Zu, thanks ye belanja! :)::

Sunday, January 10, 2010

How I wish...

I wish for..

A BEAUTIFUL SUNDAY!!!


Looooong time ago,

Bangun pagi-pagi, basuh kain, jogging - dulu ada la joging ngan abah keliling taman, nak maintain stamina untuk latihan taekwondo kononnya, bila dah besar-besar, makin pancit..:p, sapu keliling rumah, ikut ibu abah pergi pasar (Kalau ibu ajak je. Kalau tak, pasar lah is the last place i wish to go), beli tau fu fa, sarapan nasi lemak, roti canai, putu piring, baca paper beramai-ramai di ruang tamu, tengok Melodi (dulu-dulu je..haha)

Today,

This is how I spend my Sunday...
Bangun pagi-pagi,
Naik bas pergi hospital,
Morning report di hospital,
Bersama pesakit-pesakit kesayangan di 'floor' hospital,
Sesi 'ramah-mesra' bersama doktor di hospital,
Petang-petang baru pulang.. 'Home Sweet Home!'

That's why I need more motivation on Sunday!

Thursday, January 7, 2010

Each betrayal begins with trust::Part 2::

Untuk setiap yang berlaku, itu adalah ujian dari Allah untuk hambaNya. Saya mungkin banyak mendengar cerita dari 'orang Venus', makanya mungkin saya akan 'bias'?? Orang perempuan selalu dilihat sebagai mangsa. Dan lelaki sebagai pemangsa.. (hehe, dah macam karnivor pulak)

Sebenarnya bukan isu siapa me'mangsa'kan siapa yang ingin saya timbulkan. Cuma satu perkara, CINTA KEPADA MAKHLUK merupakan cinta yang tiada jaminan. Tiada siapa berani jaminan, sejauh mana sesuatu hubungan mampu bertahan.

Kadang-kadang saya sendiri jadi tidak adil apabila membicarakan soal sebegini. Kita mula menyalahkan pihak 'karnivor' itu. Sedangkan kita lupa, kita hanyalah seorang makhluk yang lemah yang mencintai seorang lagi makhluk yang juga lemah.

Lemah pada cintanya,
Lemah pada kudratnya,
Lemah pada akalnya,
Itulah manusia...

Jadi, masakan kita menaruh harapan yang 'maha hebat' kepada makhluk yang lemah itu untuk membahagiakan kita??
Kita sebenarnya bukan 'bahagia dengan cinta manusia'.
Namun kita bahagia dengan 'cinta Allah' yang mengutus kebahagiaan itu.

Ujian kesedihan - memutuskan kebahagiaan kita dengan manusia itu,
namun 'redha dan kesabaran' menyuburkan bahagia dalam kecintaan kepadaNYA...

Kesimpulannya,
Perpisahan itu menyedarkan kita betapa agungnya 'Cinta Allah' kepada hambaNya.
Benar,
'si dia' mungkin membenci kita.
Namun A.L.L.A.H tidak pernah meninggalkan kita.
Sekalipun kita berbuat maksiat,
Dia tetap 'al-Ghaffar'...

Kita careless dalam solat,
Doa kita hanya khusyuk bila kita diuji,
Namun nikmat 'ar-Rahman' tak pernah putus...

Sekalipun begitu, kita tetap merintih,
menyoal kenapa kita diuji dengan 'manusia tidak berperi kemanusiaan'
menjaja cinta, menaruh percaya, dan akhirnya sendiri terpedaya.
Yakinlah kepada 'al-'alim'
Dia mengetahui hikmah mengapa kita diuji.

Susah benar untuk kita sedar,
Kita hanya 'kehilangan' cinta yang lemah,

Walaupun begitu,
Kita tetap hidup,
Peparu masih mengembang dan menguncup,
Jantung masih mengepam,
Buah pinggang masih boleh 'menapis',
Semuanya kerana apa???

Kerana cinta dan rahmat itu,
Yang masih kita punyai...

Janganlah ditahan 'dia' yang pergi...
Jadilah kuat untuk terus menagih dan menerima cinta Ilahi...

Rasulullah SAW bersabda: “Antara doa Nabi Daud AS ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan apabila Rasulullah SAW mengingati Nabi Daud AS, baginda menggelarinya, sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.”
(HR Tirmidzi 3412)


"Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah lah yang menyatupadukan di antara mereka..." (Al-anfal,63)

Apabila kita mencintai Allah, kita juga akan mencintai apa yang diciptakanNya, menerima apa yang diperbuatNya, dan redha atas ujianNya...

Salah seorang dari watak dalam 4 cerita yang saya ceritakan tempoh hari memberitahu saya hari ini, "Hari ini lebih baik dari semalam. Aku gembira bila bersama dengan kau..:)"
Dan saya juga gembira untuk dia kerana dia kuat...

Teringat lagu Aiman, Akademi Nasyid,

Mungkin kan terputus di tengah jalan,

Mungkinkan terlerai tanpa ikatan,

Usah ragu dengan takdir.

Mungkin kitakan berbeza haluan

Berakhirnya cerita percintaan

Segalanya ditentukan Tuhan....

"Each betrayal begins with trust" -
People may betray us,
but not God...

::Saya tak mahu jadi Dr. Love.. (ye asma') hehe::

Monday, January 4, 2010

Each betrayal begins with trust

::Kisah Satu::

Ani baru saja melangsungkan pertunangan dengan Khairul. Pertunangan mereka sebenarnya bukan didasarkan dengan 'suka sama suka' pada asalnya. 'Family arrangement' pendek katanya. Ani masih belajar. Manakala Khairul telah pun bekerja stabil. Hubungan mereka pada awalnya berjalan lancar pada sebulan yang pertama. Mungkin kerana baru di peringkat mengenali hati budi masing-masing. Namun, sebulan selepas itu, keadaan berubah. Ani pernah terdengar dari abang kawannya bahawa Khairul pernah mengatakan bahawa 'dia dan Ani sudah tidak punya apa-apa hubungan'. Ani pada mulanya hanya menganggap kata-kata itu mungkin satu gurauan. Dia tidak ambil kisah. Namun pada satu hari, Khairul menghubunginya. Sesuatu yang tidak pernah Ani sangka akan berlaku... Khairul menyatakan kepada Ani bahawa 'dia tidak mahu meneruskan hubungan tersebut. Alasannya, 'he deserved better than her', Ani banyak kekurangan, dan antara kekurangan yang disebutkan adalah kerana rupa fizikalnya sendiri... Dengan itu, dia sendiri bertindak untuk memutuskan pertunangan itu. Dua hari selepas itu, dia pun berlepas ke Australia untuk melanjutkan pelajaran di sana. Dia berlalu begitu saja. Keluarga Ani masih belum mengetahui situasi sebenar yang berlaku terhadap anak mereka itu.... (freeze....)


::Kisah Dua::

Hariz sudah lama mengenali Salmah, namun mereka tidak pernah berhubungan. Hanya kenal sekadar kenalan sefakulti. Tanpa disedari, satu perasaan yang aneh berputik dalam hatinya. Dia menghubungi ibunya, meminta agar Salmah dapat dirisik segera. Satu rombongan keluarga dihantar ke rumah Salmah. Dua buah keluarga mula berkenal-kenalan. Hari demi hari, bulan demi bulan berlalu, sehinggalah satu hari, kedengaran seorang sahabat bertanya kepada Hariz, "Macam mana dengan kamu berdua? Bila nak langsungnya?"

Hariz menjawab, "Tiada perkembangan. Aku pun dah takde perasaan. Lagipun aku nak sambung belajar lagi ke Jepun." Kawan tersebut bertanya lagi, "Habis tu, kau dah kenal dengan keluarga dia, kau nak berlalu macam tu je tanpa pesan?"

Hariz jawab lagi, "Biarlah dia..." (freeze...)



::Kisah Tiga::

Perkenalan yang sudah berlangsung antara Siti dan Shukri selama lebih 6 tahun membuatkan mereka membuat keputusan untuk melangsungkan pertunangan. Janji diikat untuk tempoh 2 tahun. Apabila tempoh 2 tahun hampir tamat, Siti resah kerana seperti tiada tanda-tanda pertunangan mereka akan ditamatkan dengan ikatan pernikahan yang sah.

Shukri pula hanya mendiamkan diri membisu apabila soal pernikahan dibangkitkan. Kata Shukri pada keluarganya, "Shuk tak nak kahwin. Takde rasa nak kahwin. Kalau ada orang lain nak meminang Siti pun Shuk tak kisah... (freeze...)


::Kisah Empat::

Amy dan Lan telah lama 'berkawan', sejak dari tingkatan satu lagi. Apabila tamat SPM, Lan diterima untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, manakala Amy pula meneruskan pelajarannya di salah satu universiti di tanahair. Pada setahun yang pertama, hubungan mereka tetap seperti biasa, berjalan lancar. Namun, pada satu hari, Lan menghubungi Amy, sambil meminta maaf dan menyatakan bahawa dia ada 'menyimpan perasaan' terhadap wanita lain di tempatnya belajar. Amy tidak berdaya untuk menerima pengakuan itu. Akhirnya hubungan itu putus di tengah jalan. Amy berundur walaupun cintanya pada Lan sangat utuh sebelum itu...(err, ayat nihh...)


Semua ini bukan kisah rekaan. Ia kisah benar yang berlaku, dan diceritakan ke telinga saya sendiri oleh individu-individu yang terlibat.

Agaknya apa perasaan anda apabila membaca 4 kisah ini??

Saya tinggalkan anda untuk berfikir...



Dah larut malam, inshallah ada masa dan mood nanti saya sambung di entri akan datang...

Bersambung...


(Nama yang digunakan adalah bukan nama sebenar)


Sunday, January 3, 2010

Open your eyes, your heart and mind...

Tajuk di atas ini adalah tajuk lagu yang saya rasa tidak asing lagi kot, by Maher Zain. Bagi siapa yang belum dengar lagi, download dan dengarlah... Tidak meghampakan..:)
Rasa ada macam-macam benda dalam kepala ni nak dikongsikan. Tapi bercelaru...

Mari mula satu persatu...

Satu :: Kita memang merancang tetapi perancangan kita LEMAH kerana perancangan Allah lebih HEBAT...

Untuk membuat satu keputusan yang besar, pandangan banyak pihak perlu diambil kira. Walaupun pandangan itu bertentangan dengan kemahuan dan perancangan kita, namun apabila ia datang dari orang yang disayangi seperti keluarga, saya tidak sampai hati untuk menghampakan mereka. Walaubagaimanapun, saya tetap seperti dulu...

Dua :: Pengalaman mengINSAFkan!!!

Pada hari Jumaat yang lalu, Majlis Mahasiswa Yarmouk (MMY) menganjurkan kursus 'Meniti Perhentian Terakhir'. Memandangkan saya baru saja selesai peperiksaan Peds dan terasa kelapangan, maka saya pun menyertai kursus tersebut. Kami didedahkan dengan cara pengurusan jenazah. Terasa dekat benar dengan kematian itu.

Saya suka dengan persembahan nasyid dan tayangan video pada majlis penutup. (Clapp!!) Menginsafkan. Pelajar-pelajar Yarmouk memang mantap!!! (Dah lama nak puji sejak tayangan video BKASJ lagi)...

Tiga :: Way Towards Future

Satu hari bersama pelajar-pelajar Tahun 1 JUST untuk memberi mereka pendedahan dan motivasi tentang dunia seorang pelajar perubatan. Terasa sangat tua apabila berada bersama mereka. Memetik komen salah seorang peserta, "Bila dengr senior-senior bercakap dan bagi nasihat, dah macam bapak-bapak. Matang habislah!" (Dalam hati berkata, "Heh, nantilah korang jadi senior pun mesti macam tu juga..:))

Sempat juga diutarakan komen tentang 'imej' pelajar terutamanya pelajar lelaki. Apa yang saya sedar, ada sesetengah pelajar JUST ni dah macam Ariel Peterpan. Hensem tu hensemlah.. Tapi kalau buat rambut macam Mawi, lagi best kot.. Hmm, kalau nak macam band Indon juga, tirulah rambut macam Pasha Ungu..(Hehe). Kan lagi smart. Bukan isu handsome tak handsome, panjang tak panjang.. Tapi sebenarnya adalah isu 'kekemasan'. Kalau untuk berjalan di Syari3 Jamiah atau balad, tidak mengapa kot.. Tapi kalau nak ke universiti, ermm..???

Memang di sini untuk ke kelas tiada etika berpakaian seperti universiti di Malaysia. Namun sekalipun begitu, saya rasa ia tidak boleh dipandang remeh. Tidak mengapa, dah besar, pandailah fikir sendiri untuk kemaslahatan bersama, imej 1 Malaysia.. :)

Empat :: Round Obs & Gyne bermula...Bye-bye Peds!

Round ini adalah round kedua terakhir sebelum kami melangkah ke peperiksaan final Mei ini. Tiga minggu yang pertama, saya di KAUH. Rasa seronok, sebab saya dah dapat banyak pendedahan ketika elektif di Hospital KKB beberapa bulan yang lalu. Hari pertama dah 'kena' bentang kes dengan Dr Oqbah. Tahu je lah Dr. Oqbah, he is perfectionist. Takpe, yang penting dia dah nampak saya 'mingle'. (Haha, budak klinikal JUST je yang tahu kot kes 'mingle-mingle' ni..)

::Happy birthday Arikah!! :) Semoga dirahmati sentiasa...::

Code New: How to survive your intern year happy...:)

After spending more than twenty years of your life in school, it has come to this; you are a doctor. Fourth year of medical school was probably one of the greatest academic years of your life with a mixture of fun, travel, celebration and apprehension. Graduation may have left you feeling like you have forgotten much of what you learned in medical school. So, you're a doctor.

Now what?

Reflecting on this past year, I remember the swirling mixture of emotions about beginning residency. I had been a student all of my life. The drastic change of entering "the real world" in foreign territory was unsettling. Leaving my safe, familiar environment and heading into the unknown with new people and an anticipated paycheck seemed surreal. Such high expectations as to "save lives" felt intimidating. However, apprehension and insecurity slowly evolved to experience and confidence. Intern year has proven to be empowering and one of the most amazing years of my life thus far. I have learned not to be afraid of my pager every time it goes off. I survived shifts in the Medical Intensive Care Unit (MICU) alone. I experienced new emotions, and I found the value of a true friend who would listen after an especially horrible day. The most important learning came with the discovery of how to be comfortable in my own skin in my new role as a physician. I learned that I could handle almost anything, even if it meant just asking for help.

I can assure you that you will survive intern year and just maybe have some fun in the process. I want to inspire hope. As others have done before you, you will succeed. Here are five tips to keep you happy along the way:



1. Don't Believe the Hype:

It is hard to ignore the stigma of intern year: grueling overnight calls, absence of family and/or friends, lack of sleep, and basically being the "scut monkey." It sounds scary and intimidating, but I live by the phrase "a good attitude is half the battle." This year I went into each rotation with an open mind. I tried not to focus on others' comments about a certain rotation. I found that the overall "hype" seemed too generalized, and I needed to seek my own truths. I often found the rumors to be false compared to my own experiences. Keeping a positive attitude boosted my team's morale as well as mine.

Feeling like the "new kid" is hard. Every month, as the ED intern, you are starting a new rotation with other interns who may have been doing that specialty for a number of months more than you. It's tough, but by going into each rotation with a good attitude, you will be able to learn from your colleagues. In my experience, by being an active member of the team, I was treated as an equal member and not just the "ED intern." Not only did this increase what I got out of every rotation, but allowed me to thoroughly enjoy my time on off-service rotations. Remember, we are the lucky residents that get the chance to spend a month in the shoes of so many different specialties and take from them what is pertinent to our practice in the ED. Savor this opportunity, and enjoy the wide variety of medicine we get to practice!



2. Social Life - Have One:

Residency is like nothing you've experienced before. You are suddenly spending up to eighty hours per week in a hospital; at times I felt like I should have been paying the hospital rent, instead of my landlord. A key to happiness is to try to maintain some kind of normal social life that the non-medical people of the world adhere to. This may mean going to your residency social events or creating some of your own. This not only allows you to interact with your colleagues in order to decompress, but also will afford you the opportunity to talk about something non-medical (although somehow the conversation always tends to get back to the hospital). Normal life can also mean traveling, concerts, sporting events and anything the general public takes part in. You will learn that sometimes the best option is just vegging out in front of your television after an extremely hard shift, but your mental state also sometimes requires you to venture out of your apartment into the real world. Our class decided to make the night before conference our "hang out" night; this would include a variety of activities such as bowling, dinner parties, bars, etc. Whatever your activity may be, make a conscious effort to attend, even bring your significant other if you're missing out on time with him/her too. Remember, being an ED intern is sometimes difficult since we are spread out all over the hospital: take time to hang out with your class, because they will be a vital asset to you in surviving residency.



3. Practice Good Medicine:

I think I know how you are feeling: you've lost a great proportion of your medical knowledge in the depths of fourth year. I will tell you, your current co-interns probably feel the same. We have all been there, and although I hate to break this to you so early on, you will make mistakes. Making mistakes is part of the learning process, and a lot of the time we learn the most from our mistakes. Residents and attendings are essential tools; make sure to use them as a resource and learn from their experience.

Another essential: Reading. Although at times reading seems to be impossible to fit into your schedule, it is vital to the practice of good medicine. My personal system was to place the patient stickers on an index card and then write the treatment plan, tips from attendings, etc., on the card. After my shift, I would spend an hour going through the cards and reading in my EM book of choice about my patients. This way you are not only pairing an illness with an actual patient, but adding in personal "tips of the trade" from your attendings. This is an excellent way to stay on top of reading and keep a reference of your patients. Another suggestion: on off-service rotations - make sure to read the relevant section of your preferred emergency medicine text. For example, when I was on orthopedics I read the musculoskeletal section of Tintinalli. Not only did this help during the rotation, but also assisted me in getting out of the rotation what was pertinent to my practice of emergency medicine.



4. Maintain a Healthy Mindset and Healthy Living

There will be times during your intern year that you will be frustrated because you're working incredibly long hours and under an extreme amount of stress. As I mentioned before, mindset is everything. If a certain issue is bothering you, the best approach is to be active about it; instead of taking a back seat, do something! This means getting involved with your residency program and its advancement. Taking an active role will be a healthy way to manage your frustrations and benefit you, your peers and your residency program in the end. I did this by becoming an active member in applicant recruitment for my residency program. I also became a board member of AAEM/RSA, which has been such an amazing experience and fulfilled my desire to get involved on a national level. It makes me feel like I'm doing something for my specialty as well as my own well being. So if there is something about the system that interests you, get involved and make a difference.

Healthy living is also a huge aspect of intern year. I have to confess I probably did spend a month or two living on cookie dough that I swore I deserved for all my hard work. In retrospect, although immediately rewarding, it was probably not the best way to manage stress (well, maybe if it is done in moderation). I find, for most residents, being able to work out and eat healthy, helps to relieve stress. Healthy eating can be tough, and even the best hospital café doesn't always have the most nutritious options. I would try to bring fruit and my favorite water bottle to work to stay hydrated. Most residents forget to take care of the most important patient: him/herself. Always do things to make yourself happy and relieve stress, whether it is a pedicure or going to watch your favorite sporting event.




5. Remember That You Are Not Alone:

I know that on several occasions during your intern year, you will feel alone. From my personal experience, going from medical school where I basically lived in a dorm with a roommate, to living by myself in suburbia was quite a drastic transition. I felt lonely, but gradually I met others who felt the same way I did. Throughout intern year, you will have many experiences - some good and others not so good. My best advice is to share your stories; not only does this help you vent, but it also helps you realize you are not the only person that these things happen to. The best response you can get after your toughest day of work is from a co-worker saying, "I know how you feel." Sometimes we think the stresses and strains of residency are just happening to us, but take comfort in knowing that you are not alone.

So there are my five tips for how I succeeded in being happy during my intern year. It does take work, but I am proof that it's possible. I do want to end with some advice for non-interns: the best thing you can do for new interns is to welcome them with a positive attitude, reassurance and guidance. Remember, you were once in their shoes and can be their best resource when times get tough. Interns, you will have an amazing year of learning, not only clinically, but also about yourself and the doctor you strive to become. Just remember to stop and smell the roses along the way.

By,
Jennifer Kanapicki, MD.