Ani baru saja melangsungkan pertunangan dengan Khairul. Pertunangan mereka sebenarnya bukan didasarkan dengan 'suka sama suka' pada asalnya. 'Family arrangement' pendek katanya. Ani masih belajar. Manakala Khairul telah pun bekerja stabil. Hubungan mereka pada awalnya berjalan lancar pada sebulan yang pertama. Mungkin kerana baru di peringkat mengenali hati budi masing-masing. Namun, sebulan selepas itu, keadaan berubah. Ani pernah terdengar dari abang kawannya bahawa Khairul pernah mengatakan bahawa 'dia dan Ani sudah tidak punya apa-apa hubungan'. Ani pada mulanya hanya menganggap kata-kata itu mungkin satu gurauan. Dia tidak ambil kisah. Namun pada satu hari, Khairul menghubunginya. Sesuatu yang tidak pernah Ani sangka akan berlaku... Khairul menyatakan kepada Ani bahawa 'dia tidak mahu meneruskan hubungan tersebut. Alasannya, 'he deserved better than her', Ani banyak kekurangan, dan antara kekurangan yang disebutkan adalah kerana rupa fizikalnya sendiri... Dengan itu, dia sendiri bertindak untuk memutuskan pertunangan itu. Dua hari selepas itu, dia pun berlepas ke Australia untuk melanjutkan pelajaran di sana. Dia berlalu begitu saja. Keluarga Ani masih belum mengetahui situasi sebenar yang berlaku terhadap anak mereka itu.... (freeze....)
::Kisah Dua::
Hariz sudah lama mengenali Salmah, namun mereka tidak pernah berhubungan. Hanya kenal sekadar kenalan sefakulti. Tanpa disedari, satu perasaan yang aneh berputik dalam hatinya. Dia menghubungi ibunya, meminta agar Salmah dapat dirisik segera. Satu rombongan keluarga dihantar ke rumah Salmah. Dua buah keluarga mula berkenal-kenalan. Hari demi hari, bulan demi bulan berlalu, sehinggalah satu hari, kedengaran seorang sahabat bertanya kepada Hariz, "Macam mana dengan kamu berdua? Bila nak langsungnya?"
Hariz menjawab, "Tiada perkembangan. Aku pun dah takde perasaan. Lagipun aku nak sambung belajar lagi ke Jepun." Kawan tersebut bertanya lagi, "Habis tu, kau dah kenal dengan keluarga dia, kau nak berlalu macam tu je tanpa pesan?"
Hariz jawab lagi, "Biarlah dia..." (freeze...)
::Kisah Tiga::
Perkenalan yang sudah berlangsung antara Siti dan Shukri selama lebih 6 tahun membuatkan mereka membuat keputusan untuk melangsungkan pertunangan. Janji diikat untuk tempoh 2 tahun. Apabila tempoh 2 tahun hampir tamat, Siti resah kerana seperti tiada tanda-tanda pertunangan mereka akan ditamatkan dengan ikatan pernikahan yang sah.
Shukri pula hanya mendiamkan diri membisu apabila soal pernikahan dibangkitkan. Kata Shukri pada keluarganya, "Shuk tak nak kahwin. Takde rasa nak kahwin. Kalau ada orang lain nak meminang Siti pun Shuk tak kisah... (freeze...)
::Kisah Empat::
Amy dan Lan telah lama 'berkawan', sejak dari tingkatan satu lagi. Apabila tamat SPM, Lan diterima untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, manakala Amy pula meneruskan pelajarannya di salah satu universiti di tanahair. Pada setahun yang pertama, hubungan mereka tetap seperti biasa, berjalan lancar. Namun, pada satu hari, Lan menghubungi Amy, sambil meminta maaf dan menyatakan bahawa dia ada 'menyimpan perasaan' terhadap wanita lain di tempatnya belajar. Amy tidak berdaya untuk menerima pengakuan itu. Akhirnya hubungan itu putus di tengah jalan. Amy berundur walaupun cintanya pada Lan sangat utuh sebelum itu...(err, ayat nihh...)
Semua ini bukan kisah rekaan. Ia kisah benar yang berlaku, dan diceritakan ke telinga saya sendiri oleh individu-individu yang terlibat.
Agaknya apa perasaan anda apabila membaca 4 kisah ini??
Saya tinggalkan anda untuk berfikir...
Dah larut malam, inshallah ada masa dan mood nanti saya sambung di entri akan datang...
Bersambung...
(Nama yang digunakan adalah bukan nama sebenar)
I prefer to wait before I drop a comment..
ReplyDeletehurm.....it was a real story happen nowadays...n terlalu kerap jadi....kte x leh salahkan cinta n syng tu...sbb dia hadir tanpa dipaksa...cuma sikap seseorng yg x bertggjwb tu yg watkn ia jd complicated n menyakitkan......of all ur 'kisah', yg hurt tu mest gurl kan......cyan gurl..huhu.....neway, i still waiting for ur next session n will drop a relevan comment on dat....c ya!
ReplyDeletekisah 4 mmg power...amy ohh amy..lalalala
ReplyDeleteaik?..is dat amy is u miss fariza?ahahaha.....nsib kisah SHy xde dlm kisah DR.Fez..ehehe ;)
ReplyDeletefez..cpt la smbung..bru bole komen..hihih~
ReplyDeletei dun think so miss shylisha...hehehe
ReplyDeletedr. fez...btol2...cepatla smbung!!
Haiihh tak aci la sume orang nak tunggu sambungan baru kasi komenan...
ReplyDeletehaha.. kisah Shy, kita korek kemudian nanti bila jumpa ya. :p
Mungkin hari ni tiada sambungannya lagi sebab saya baru balik hosp.. nak masak lagi, nak study lagi.. hehe.. so inshallah later ye.
wah2 kak faeza sejak masok Ong[OnG kan skang]dr.love plak jadinye..
ReplyDeletejgn menghukum gender mane betul dan gender mane salah..sbb x adil menghukum satu2 gender kerana tingkah laku sesetengah drpd mereka..ramai lagi perempuan2 yg bgitu utuh dengan cinta dan cita2nya..ramai jg lelaki2 d luar sane yg masih tahu erti "kesetiaan" dan "pengorbanan"..bg saya..x adil dan mmg x patut seseorang diperlakukan seprti mereka x de perasaan..
ReplyDeletesy setuju ngan anonymous..ini la masalahnya kalau ada antara mereka2 yang tak bertanggungjawab..bg aku fez, percaya ni adalah mutual act..maksudnya kalau ko harap org percaya kt ko, ko kenela bwk diri ko bg dia pecaya..bukan ko buat mende pelik2 then harap org percaya..pastu nnt kata org su'uzon plak..
ReplyDelete"aku slalu dgr org kata kita kene husnu zhon..tak baek su' uzon"..bg aku betul kene husnu zhon tapi biarla betempat..bukan membuta tuli..
hatta dah dgr banyak gossiping di merata rata..takkanla nak hrp org husnu zhon.its true sbenarnya kalau takde angin pokok tu takkan goyang..
kalau kita pandai jg diri etc, org pun hormat ngan kita, selalunya fitnah takkan jd ngan sendiri...sama je either laki or pompuan..
cuma tringat my mum slalu pesan..today kita wat org, satu hr org wat kita..cthla macam kalau org tu dia buat mende tak elok ngan someone else n dia dah kawin, pastu left her husband or wife..dia wat ngan org yang wat mende secara illegally, dia bleh jamin ke yang org tu akan jd isteri/suami yang solehah? mana tahu esok lusa dia wat ngan someone else jugak..hehe abes trus gigit jari..kesenangan n keseronokan sementara kalau dikejar memang tak bawa ke mana mana..
this simple maths apply to all d things dat we did in life..
pastu aku teringat kata2 dalam citer sang murabbi..
kalau kita gaduh ngan org, luka yang kita wat kat tgn dia akan sembuh dalam sehari dua..
tapi kalau kita lukakan hati org, ia bukan senang nak dilupakan,takut2 inilah yang jd penghalang kita nak masuk ke syurga..wallahu a'lam
setuju dengan MaUt.
ReplyDeletesetiap apa yang kita buat akan dibalas.
cepat atau lambat itu ketentuan Allah.
sama-sama muhasabah diri.
niatkan semua kerana Allah.
pasti hati kan tenang.
Thx for dropping opinions n nasihat. Semoga berguna untuk mereka yang singgah membaca! :)
ReplyDelete