Thursday, January 28, 2010

Put yourself in other's shoes

Hari ini saya lupa, 'morning report' tiada. Tapi saya dah keluar awal dari rumah. Macam nak tumbang berjalan dalam kesejukan dan angin yang sangat kuat. Banyak juga butir-butir ais di tepi jalan. Tapi 'still'.. salji masih belum berguguran di bumi Irbid. Agak-agak merasa tak kami bersalji tahun akhir di sini?? Hmm..

Saya naik ke wad untuk mengambil case seperti biasa. Ada beberapa kes 'new admission'.
Ada kes 'vaginal bleeding'. Pada mulanya saya bercadang untuk mengambilnya sebagai 'short case' saja, namun memandangkan patient tersebut 'well-cooperative', saya pun terus ambil kes penuh.

"24 year old, G1P0, admitted from ER due to Vaginal Bleeding"

Belum pun separuh jalan, tiba-tiba masuk seorang lelaki. Suami dia rupanya. Oh saya sangat tak selesa kalau ada si suami pesakit menemani. Saya pula rasa segan nak bertanya. Maklumlah Obstetrics & Gynecology case.

Namun saya teruskan juga. Sayang pula berhenti di tengah jalan.
Tidak beberapa lama kemudian, masuk 2 orang MO. Dr. A dan Dr. B.

Dr. A : Selamat pagi. Saya Dr. A. MO under Dr C (Specialist). Saya nak beritahu, anak awak tak dapat diselamatkan. Air ketuban dah tiada langsung. Kalau awak setuju kita kena buat operation untuk 'buang kandungan' tu.

Pesakit itu merenung muka Dr. A dengan penuh harapan.

Suami : (Terdiam) Aku nak tunggu Dr. C (Specialist) datang.

Dr. A : Dr. C di tingkat atas. Kami dah bincang dengan dia. Dan dia yang suruh kami turun untuk beritahu kamu. Tak ada gunanya nak tunggu lagi. Buat apa nak 'azab' mak dia. Baby pun dah tak boleh nak hidup. Air dah kering. Macam mana nak membesar, macam mana nak bergerak, nanti langgar dinding rahim (sambil buat gaya). Jadi macam mana?

Berkali-kali juga si suami bertanya "Tiada harapan lagi ke.."
Dan akhirnya dia akur dan berkata, "Kholas, tawakkaltu alallah"

Kemudian Dr A terus berlalu..

Saya terpaku sekejap melihat muka si bakal ibu tadi tenang tapi hidung dan matanya mula merah.

Saya yang agak terkejut, terus berkata kepadanya,"Boleh kita sambung? Atau 'kholas'?" (Terasa pula diri ini 'lampi', pergi bertanya soalan itu kepada pesakit yang baru saja berhadapan dengan berita menyedihkan seperti itu.

Dia senyum tapi sudah mula teresak.

Terus suami dia berkata, "Kholas.." Saya faham, saya harus meninggalkan mereka. (*Kholas- Sudah/Habis)

"Kher inshallah, salamtik.." Saya pun tak tahu nak cakap apa. Terkejut. Sedih. Kasihan mereka. Belum ada rezeki. Inshallah itu yang terbaik buat mereka... Kasihan juga buat saya. Terpaksa cari kes baru...T__T. Nasib baik masih sempat.

Saya terkejut dengan cara doktor MO tersebut 'breaking bad news'. Dia perempuan, pesakit juga perempuan. Cara dia bercakap seolah tak memahami langsung perasaan pesakit tersebut.

Dan saya cuba menyedapkan hati, 'It's ok kot for Arabs, but not me..'

Pengajaran : Selalulah letak diri kita di tempat orang lain atau dalam pepatah english nya, "Put yourself in other's shoes". Naknya jika kita berada 'di atas'.

Tamat kisah pengajaran. Ambil ya pengajaran hari ini.

Akhirnya saya ambil kes 'Molar pregnancy'...

Saya teringat, dulu semasa kecil, saya fikir 'kembar' terjadi apabila 2 sperm bercantum dengan 1 ovum. 'Kurang matang' kan.. :p..

Bila dah besar baru saya tahu, once sperm bercantum dengan ovum, ada sejenis 'chemical' yang dihasilkan untuk menghalang sperma lain dari masuk ke ovum yang sama. Kalau 2 sperm + 1 ovum, maka terjadilah molar pregnancy ataupun dalam bahasa melayunya 'kandungan anggur' (comel nama).. Berkemungkinan tiada bayi langsung, yang ada cuma kantung-kantung plastik (seperti anggur. Aaaa tak retinya nak describe dalam bahasa melayu), ataupun uri dan bayi boleh terbentuk, namun tidak sempurna. Dan kebanyakannya kandungan tidak dapat diselamatkan.

3 comments:

  1. fez, nice story..sedih jugak..dugaan mmg datang dan pergi..

    ReplyDelete
  2. mungkin dr tu silap letak kaki dia..
    patutnya letak kaki dia dlm kasut pt tu..
    tp,ini tak..dia 'ter' letak la pulak dkt atas kaki pt tu..
    terhenyak..

    ReplyDelete
  3. Haha, pandai la ko kilah.

    Maut, dugaan menanti kesabaran, sesungguhnya yang bersabar itulah yang berjaya.

    ReplyDelete