Friday, January 29, 2010

Assisted Reproductive Technology

Sekitar 2 bulan ini, kebanyakan entri di sini berkisar di sekeliling dunia Obstetrics & Gynecology saja. Maklumlah, kini dalam fatrah sedang 'mengenali-hati budi'. (ayat tipikal golongan artis untuk menafikan gosip. :p) Bukan mengenali hati budi siapa pun. Cuma mengenali dunia bidang sakit puan ini dengan lebih mendalam.

Hari ini cuma nak bercerita tentang 'Assisted Reproductive Technology'.

Zaman dahulu, selepas 5-10 tahun jika pasangan yang telah berkahwin masih lagi belum dikurniakan zuriat, penyelesaiannya mungkin cuma.. menanti, berserah, berdoa... ataupun, si isteri berkorban untuk melepaskan si suami berkahwin lagi.

Zaman kini, banyak cara yang boleh dilakukan untuk membantu pasangan mendapatkan zuriat.

Saya pernah berjumpa dengan satu kes, di mana pasangan melakukan IVF (In-Vitro Fertilization) hanya selepas setahun berkahwin, semata-mata untuk membuktikan si suami sihat! Perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan kedua si suami selepas perkahwinan pertama mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Macam-macam...Apa-apapun itu hak mereka. Terserah.

Mari saya betulkan stigma orang ramai tentang 'infertility'. Ramai menyangka jika pasangan tidak dikurniakan anak, besar kemungkinan, si isteri yang menjadi sebab. Realitinya, berdasarkan statistik, faktor berlakunya infertility adalah 30% dari lelaki, 30% dari wanita, dan selebihnya 'unexplained cause' ataupun 'both male and female'.

Bagaimana yang dikatakan Assisted Reproductive Technology?

Ia merupakan prosedur di mana kita akan memonitor dan membantu daripada proses ovulasi, proses pengeluaran sperma, persenyawaan sehinggalah proses memasukkan semula telur yang disenyawakan ke dalam rahim ibu.

Teknik yang biasa digunakan..

Intrauterine Insemination (IUI)
Seminal fluid (air mani) yang telah diambil dari suami dan dimasukkan ke dalam rahim isteri. Berbeza dengan 'natural conception', seminal fluid akan disuntik terus ke dalam uterus melalui tiub 'melepasi' vagina dan cervix. Proses ovulasi juga perlu di'induce' sebelum itu untuk memastikan ada ovum untuk disenyawakan.


In-Vitro fertilization - Conventional
Ovum dan sperma dikeluarkan dari suami dan isteri dan disenyawakan di makmal. Kemudian telur yang telah disenyawakan akan dimasukkan semula ke dalam rahim ibu untuk proses penempelan. Biasanya 3-4 biji telur akan dimasukkan untuk mengurangkan peratus risiko kegagalan. Justeru kehamilan IVF biasanya menghasilkan kembar yang banyak.


IVF - Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI)
Untuk teknik IVF conventional, kita membiarkan sperm berenang sendiri untuk bersenyawa dengan ovum. Namun untuk teknik ICSI, kita membantu dengan lebih cepat dengan menyuntik sperm ke dalam ovum. Ia juga dilakukan di makmal. Kemudian telur yang telah bersenyawa dimasukkan semula ke dalam rahim ibu

Assisted Hatching
Ia membantu proses penempelan. Kadangkala terdapat embryo yang mempunyai dinding tebal dan menyukarkan penempelan di rahim. Maka satu lubang kecil akan dibuat di dinding embryo untuk memusnahkan lapisan 'zona pellucida' di sekeliling embryo dan membantu proses penempelan berlaku di dinding rahim.



GIFT (Gamette Intrafallopian transfer)
Ovum dan sperma dikeluarkan dan di'cuci' di makmal. Kemudian kedua-duanya disuntik semula ke dalam tiub fallopia untuk dibiarkan bersenyawa sendiri di sana.

ZIFT (Zygote Intrafallopian Transfer)
Zygote yang terhasil selepas persenyawaan di dalam makmal, dimasukkan semula menerusi fallopian tube. Berbeza dengan IVF, dimana kita memasukkan embryo selepas 3-5 hari persenyawaan. Zygote pula hanya mengambil masa lebih kurang 24 jam selepas persenyawaan.
((Proses pembentukan manusia .. zygote > embryo > fetus))

Teknik terkini...

Sex Selection
Pasangan kini boleh memilih jantina janin mereka. Ada mesin yang boleh mengenalpasti sperma yang membawa kromosom X (lelaki) atau Y (perempuan). (Doktor tidak ingat apa nama mesin tersebut). Misalnya pasangan inginkan anak lelaki saja. Maka mesin tersebut akan 'mencuci' semua sperma yang membawa kromosom Y. Maka hanya kromosom X saja yang tinggal untuk disenyawakan.

Teknik lainnya, menurut doktor, mereka mengenalpasti sperma berdasarkan 'kelajuan' ia bergerak. Sperma yang membawa kromosom X (lelaki) bergerak lebih laju. (Untuk part yang ini, tergelak kami dibuatnya apabila doktor membuat lawak. Katanya, teknik ini tidaklah dapat diyakini 100% kerana ada juga sperma berkromosom Y (wanita) yang bergerak laju dari lelaki.:P)

Genetic screening.
Sebelum dimasukkan semula ke dalam uterus, embryo akan di'screening' untuk memastikan tiada kecacatan. Ujian karyotype dijalankan. Embryo yang mempunyai sebarang kecacatan kromosom seperti Down syndrome dsb akan dibuang.

Sekian tutorial hari ini. Apa-apa pun, zuriat itu rezeki dari Allah. Jangan jemu berdoa agar dimurahkan rezeki..:)

Menarik juga bidang 'Reproductive Endocrinology & Infertility' ini. Ia merupakan salah satu 'subspecialty' yang ada dalam bidang Obstetrics & Gynecology selain 'Maternal-Fetal Medicine (MFM)', 'Gynecological Oncology', 'Urogynecology and pelvic reconstructive surgery' dan lain-lain lagi.

9 comments:

  1. bagus fez..sambil berkongsi dan menulis..bleh refresh ingatan..mantop2 ^_^

    ReplyDelete
  2. Aah, refresh sambil menghafal peratus2 success and failure rate.

    Bak kata Dr Jihan, Nisaiah bihibbil nisab. No choice but you have to memorize those %age.
    But to make it easier, again, common is common. So put a little much effort on that common things.

    ReplyDelete
  3. waaa.. boleh study dari sini sajorr

    ReplyDelete
  4. kalau dah rajin tu, buatkan je la nota2 ringkas di sini.. kami akan downlod.. hihi

    ReplyDelete
  5. sarah,
    ini bukan rapidshare atau 4shared dimana menyediakan perkhidmatan download nota.hehe.

    ReplyDelete
  6. amekla subspecialist "FERTILITY"..saye pon minat...hehehe..adoi...baru bape lame xonline da begedebuk2 entry akk...
    komen skalik ktsni la..entry lepas tuh...SDEYHHHNYEEEEE..emo plak disini...
    arab mmg cmtuh kot kan..sob sob..

    ReplyDelete
  7. asma,
    mcm kak farah plak bila membayangkan awak cakap 'bergedebuk2' tu.. hehe. Akak pun tunggu mana la asma tak datang komen ni..hehe.

    Itulah, cara kita lain, cara orang arab lain kot. Kte mudah sensitif agaknya..Apa pun2 tryla pakai kasut lain. Jangan nampak kasut orang lain tu besar atau kecil dari saiz kita, atau buruk, kita terus tak mahu..

    ReplyDelete
  8. Excellent way of explaining, and good piece
    of writing to obtain facts concerning my presentation subject,
    which i am going to deliver in institution of higher education.


    Also visit my web-site: only the best review

    ReplyDelete
  9. I every time used to read article in news papers but now as I am a user of web
    therefore from now I am using net for posts,
    thanks to web.

    My homepage: only the best review

    ReplyDelete