Wednesday, January 13, 2010

Kena sabar!

Sudah 2 hari saya lewat ke morning report.
Tiba setelah doktor sampai dan MR telah bermula.

Sudah 2 hari saya seakan berjoging ke hospital.
Tachycardia dibuatnya.

Semalam, saya keluar rumah pada jam 715. Setiba di Mujamma3 (Stesen bas), kelihatan gajah besar sedang memenuhkan isi perut. Dalam hati dah terdetik, "Ya Allah, lambatla aku hari ini.."

(Gajah besar : Bas besar yang bajet efektif tapi lambat. Penumpang dituntut untuk bersabar..)

Sangkaan tak meleset. Pukul 735, bas baru bergerak. Nota yang dibuka di depan mata tidak lagi dapat diberi fokus. Saya bimbang kelewatan. Bas pula bergerak dengan perlahan, gayanya seperti banyak panorama indah yang perlu ditonton sepanjang jalan. Saya rasa nak meletup dah menahan sabar.

Tiba di universiti lebih kurang jam 750. Apa lagi, pasang kaki kuda lah jawabnya. Setiba di depan laluan masuk, pakcik guard mengarahkan saya untuk ikut laluan susur bawah tanah.
Dalam hati saya berkata, "No way, aku dah lambat sangat ni."

Sambil buat muka minta simpati, saya berjalan dengan super laju sambil bercakap dengan pakcik guard tersebut, "Asif ammu, ana must3jil kthirrr.." (Maaf pakcik, saya dah lambat ni..)
Saya bercakap sambil berjalan dan nekad, kalau dia tak bagi, saya nak lari juga. Tak mahu saya ikut jalan bawah yang melambatkan itu.

Ammu tu sempat berkata, "Musta3jil kathr?? Yallah ruhii" (Kau nak cepat? Dah, pergi!)

Alhamdulillah, saya sambung jalan lagi.

Saya tiba di bilik Morning report, pintu sudah pun berkunci, menandakan.. SATU : Morning Report telah bermula. DUA : Doktor yang mengetuai Morning report itu mungkin 'malignant'. TIGA : Kalau masuk juga, peluang untuk kena marah adalah 75%.

(Malignant : Gelaran yang diberi oleh pelajar KAUH untuk doktor yang digeruni)

Saya seolah dah 'surrender' berdiri di depan pintu. 'Absent' la nampaknya hari ini. Seorang Dr MO yang sama-sama lewat dengan saya mengetuk pintu bilik MR tersebut. Pintu dibuka. Dia mengajak saya masuk sekali. Saya memberanikan diri untuk masuk. Saya menelan air liur. "OMG, Dr Ilyas Sana3!" Antara doktor O&G yang saya cuak...

Saya terus duduk. Alhamdulillah dia tak bertanya apa-apa. Pintu kemudiannya diketuk lagi. Ada beberapa orang pelajar dan MO cuba untuk masuk. Namun Doktor terlebih dahulu memerli akan kelewatan mereka dan menyuruh mereka keluar semula. Waktu itu, saya sangat bersyukur kerana 'awal' sedikit dari mereka. Rezeki...

*************************

Hari ini, saya keluar seperti biasa, jam 715 pagi. Berjalan ke mujamma3 dengan aman dan damai. Orang masih tidak ramai, mungkin kerana masih awal. Setiba di Mujamma3, cuba teka apa yang saya nampak???

Gajah besar itu lagi!!!!! Menunggu mangsa masuk ke dalam perutnya!!

Oh tuhan, kurniakan saya kesabaran! Terfikir juga untuk mengambil teksi, atau menaiki kemudahan-kemudahan lain. Tetapi memandangkan pilihan-pilihan yang lain itu juga mungkin mendatangkan 'hasil kelewatan' yang lebih kurang sama ataupun saya pula terpaksa berbelanja lebih, sekali lagi saya memilih untuk masuk ke dalam perut 'gajah' itu. Orang yang tidak ramai membuatkan bas besar itu terpaksa menunggu untuk penumpang penuh.

Lebih kurang 735-740 juga, baru bas bergerak. Saya dapat rasakan hari ini pakcik driver 'speed' sedikit berbanding semalam yang lagaknya macam bas dalam zoo.

Pakcik driver tidak berhenti di jalan hospital. Jadinya saya pula yang kena SPEED UP berjalan ala-ala mempunyai kaki kuda (kredit untuk Farah yang memperkenalkan istilah ini.. haha) dari universiti ke hospital yang kira-kira jauhnya 3-400 meter!! Kot... Atau lebih, atau kurang? Entah laaa..

Masuk saja hospital, jalan jem dengan troli yang membawa roti. Sabar, sabar. Saya menuruti belakang troli itu sambil tolong menolaknya sekali. Pada hal sebab saya nak cepat. Heh. Troli itu lebih tinggi dari saya. Dalam kelam kabut itu, beberapa plastik roti jatuh menimpa saya..Haihh, waktu ni pula dia nak jatuh.. Sudah jatuh ditimpa roti betul ni. Sebaik saja melepasi ruangan yang sempit itu, ada ruang untuk memotong troli itu, saya cakap pada ammu yang menarik troli itu, "Asiff ammu.." Sebab saya tak tahu, saya kah yang buat roti itu jatuh. Huhu. Terus sambung berlari.

Konon nak cepat, naik lif pekerja. Haha. Amik sekali, setiap tingkat ia berhenti! OMG I was really late! Jam menunjukkan 8.03 am. mesti semua orang sudah berkumpul. Farah message, katanya Dr Zuhair yang in-charge Morning Report. Ok, lega sedikit. Tiba di floor, pintu masih terbuka, saya ketuk pintu dan masuk, sambil berkata dalam hati, "Aku lagi lewat... Tebalnya muka.."

****************************

Pada waktu genting ketika itu, saya cuma harap agar diri ini dapat sabar. Waktu nak cepat itulah, ada orang block jalan. Waktu nak cepat itulah, lif berhenti di setiap floor- melewatkan lagi perjalanan. Waktu nak cepat itulah, macam-macam perkara berlaku. Kesabaran memang teruji. Namun Allah telah menetapkan apa yang bakal berlaku. Untuk yang melegakan, kita ucap 'Alhamdulillah'. Untuk yang meng'uji'kan dan tidak menyenangkan, ucap 'Innalillahi wainna ilaihi rajiun'. Mungkin ia kelihatan tidak baik untuk kita, namun di sisi Allah itulah yang paling cantik dan baik...

Indahnya nikmat bagi mereka yang bersabar...:)

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
::Esok tiada Morning Report... Boleh tak kalau saya tak nak tengok gajah besar itu lagi?? Macam fobia..Huhu..::

17 comments:

  1. tak nak jumpa gajah besar lagi?
    harap2 jumpa cheetah pulak la eh. laju sket

    kan kite dah bgtau tak sume bas berenti kat hospital. kene bgtau pakcik tu sebelum naik bas... alhamdulillah ada persis kaki kuda yang Allah kurniakan.. hu..

    ReplyDelete
  2. Tahu je tak semua bas berhenti kat hospital. Tapi, kalau gajah tu pun baru nak bergerak pukul 735, then nak tunggu anak gajah yang lain, pukul berapa mahu sampai hospital..huhu..

    ALhamdulillah...:)

    ReplyDelete
  3. by default sume pakcik tk lalu hosp..
    even kita bgtau..dia tk mahu berhenti lah sarah..
    setiap kali kita bagitahu..setiap kali dia kata..ak tk pergi mustasyfa..

    mungkin salah jumpa pakcik..
    apa pon..hari ni boleh kuar pkl 7.00..
    kalo pg2 dh serabai rasa tk sdp hati je wktu round..

    ReplyDelete
  4. tergelak sy bace crite akak yg sudah jatuh ditimpa roti tu.. hahahaha..
    sabar2 eh kak.. dugaan final year.. :) chayok!!.. :)

    ReplyDelete
  5. Kilah,
    Boleh pakai teori 'by default' tu. Tapi last week plus 2 hari terawal minggu ni, semua pakcik bas yang kita naik ikut hospital. Tu rasa lega kejap tu, tapi langit tak selalunya cerah..Huhu..Semalam ngan lusa dia tak ikut balik jalan hospital. So menapak la jauh2 tu..
    Tetiba terfikir, bestnya ada peugeot 407 berkilat tu.. heheh..

    ReplyDelete
  6. Ada,
    wah2 lama tak dengar cerita.. Betul2. Kena bersabar sebabnya innallahma3assabirin..:) rindu kat awak laaa!!

    ReplyDelete
  7. Fez, tergelak membaca crite mu ini di ptg ari stlh di'torture' dgn 5 straight lectures ari ni..adeh!

    fasobrun jameel ya ukhti! *smile*

    ReplyDelete
  8. kak faezaaa..saye dah siap rase nak pindah dok dekat mujamma amman jek..skang da xgune dok dkt mujamma SK...
    APSAL KAK FAEZA STILL BERHARAP KAT BAS MUJAMMA SK NIH...????HAHAHAHHA stat taun nih dorg mmg da xlalu lgsg la spital..cam susah la..saye dulu2 siap berenti kat handasah,pastuh naek teksi dari handasah g spital..ahhaha. 1JD+30qursy lg mahal.da lmbt mls nak turun kat pintu gerbang jln kaki.

    so skang nih saye mmg da xlayan bas mujmaa sk lgsg da..mmg naek bas biru jela..murah la sket
    75q naek teksi+nus naek bas..

    xyahla pk jimat2 tuh kak faeza..baek akk naek bas biru..laju zipzas ,cepat smpai..tros turun dpn spital ..tenang2 jek smpai spital..kkui3
    akk kua 715 tuh ,naek bas bertolak 7.25,7.40 da smpai spital...ngeh3..
    yg penting kne kua sblom 7.30 pg la..asalkan kua sblom 730..xde beratur panjang2 lgsg..lepas 730 bru stat org beratur pnjg giler..

    [pakar naek bas biru skang]

    ReplyDelete
  9. huhu...sabarlah wahai kakak ku..
    itu fitrah hidup pelajar di perantauan kott...
    nak kereta sebijik mai study kat msia meh...
    cik persona or en perdana dah menanti.. hehehe.. =)

    ReplyDelete
  10. Asma,
    APESAL SOALAN TU SEMUA HURUF BESAR HAAA??!! Haha.. MEH AKK JAWAB DENGAN HURUF BESAR GAK..Haha...SAYANG RASA DUIT 1.20JD NAIK BAS BIRU COMPARE DENGAN 0.30JD NAIK BAS MUJAMMA3!(TAKPE KORANG ADA SETAHUN LAGI NAK KUMPUL DUIT, AKK KENA KUMPUL DUIT DR SEKARANG OK UTK KEBAHAGIAAN MASA DEPAN..HAHAHA) LAGIPUN BOLEH EXERCISE SKET2. CUMA KALAU NASIB KURANG BAIK JE LAH KENA HEAVY EXERCISE PAGI2..
    Dah2.. Penat rasa bercakap dengan huruf besar. Macam rasa naik BP.Haha..
    Akk x kesah je nak berjalan dr jamiah ke hospital. cuma x larat kalau kena sprint la..huhu..mengah bila sampai floor..:p

    ReplyDelete
  11. Odah,
    Lama tak dengar kbr enti.. Betul2.. Fasobrun jameel..:) All d best exam nanti

    Yah,
    Akk nak hangkut RAV4 kat umah tu bleh?? hehe..

    ReplyDelete
  12. hahaha...rav4 yah pon x test drive lagik...
    esk nk blk laaa...doakan badan tidak penat..huk3
    rindu katil kat umah!!

    ReplyDelete
  13. faezza nk exercise jln kaki pagi2 ke mujamm3 SK.. btw, bek ko pegi dgn bus biru..blk dgn gajah besar atau anak2nyer..
    (ko mmg mesra jungle kn..sume ader gelaran rimba..gajah..lol~)

    ReplyDelete
  14. Haha.. ramainya penyokong bas biru.. takpe lah, gue setia pada yang satu.. haha.. pakcik2 Mujamma3 SK masih memerlukan gue..
    Kadang2 naik juga bas biru kalau dah super malas.. hehe..

    Gelaran rimba?? Lawak plak...:p

    ReplyDelete
  15. faeza,
    hahaha. lawak la entry kali ni.
    sabar yer dgn bas besar walaupun geram2.

    ReplyDelete
  16. salam faezah
    waahhsangat kagum ngn org2 yg setia ngn bas mujamma' nih.
    akk pon da lame surrender sjk die xlalu hospital tuh.
    tp saket gak la nk kne bayar extra!hehe

    ReplyDelete
  17. Kak Lin,
    Kagum juga dgn orang yang naik bas biru. walaupun sakit nak kena bayar extra, tapi sanggup..hehe..:)

    ReplyDelete