Thursday, January 7, 2010

Each betrayal begins with trust::Part 2::

Untuk setiap yang berlaku, itu adalah ujian dari Allah untuk hambaNya. Saya mungkin banyak mendengar cerita dari 'orang Venus', makanya mungkin saya akan 'bias'?? Orang perempuan selalu dilihat sebagai mangsa. Dan lelaki sebagai pemangsa.. (hehe, dah macam karnivor pulak)

Sebenarnya bukan isu siapa me'mangsa'kan siapa yang ingin saya timbulkan. Cuma satu perkara, CINTA KEPADA MAKHLUK merupakan cinta yang tiada jaminan. Tiada siapa berani jaminan, sejauh mana sesuatu hubungan mampu bertahan.

Kadang-kadang saya sendiri jadi tidak adil apabila membicarakan soal sebegini. Kita mula menyalahkan pihak 'karnivor' itu. Sedangkan kita lupa, kita hanyalah seorang makhluk yang lemah yang mencintai seorang lagi makhluk yang juga lemah.

Lemah pada cintanya,
Lemah pada kudratnya,
Lemah pada akalnya,
Itulah manusia...

Jadi, masakan kita menaruh harapan yang 'maha hebat' kepada makhluk yang lemah itu untuk membahagiakan kita??
Kita sebenarnya bukan 'bahagia dengan cinta manusia'.
Namun kita bahagia dengan 'cinta Allah' yang mengutus kebahagiaan itu.

Ujian kesedihan - memutuskan kebahagiaan kita dengan manusia itu,
namun 'redha dan kesabaran' menyuburkan bahagia dalam kecintaan kepadaNYA...

Kesimpulannya,
Perpisahan itu menyedarkan kita betapa agungnya 'Cinta Allah' kepada hambaNya.
Benar,
'si dia' mungkin membenci kita.
Namun A.L.L.A.H tidak pernah meninggalkan kita.
Sekalipun kita berbuat maksiat,
Dia tetap 'al-Ghaffar'...

Kita careless dalam solat,
Doa kita hanya khusyuk bila kita diuji,
Namun nikmat 'ar-Rahman' tak pernah putus...

Sekalipun begitu, kita tetap merintih,
menyoal kenapa kita diuji dengan 'manusia tidak berperi kemanusiaan'
menjaja cinta, menaruh percaya, dan akhirnya sendiri terpedaya.
Yakinlah kepada 'al-'alim'
Dia mengetahui hikmah mengapa kita diuji.

Susah benar untuk kita sedar,
Kita hanya 'kehilangan' cinta yang lemah,

Walaupun begitu,
Kita tetap hidup,
Peparu masih mengembang dan menguncup,
Jantung masih mengepam,
Buah pinggang masih boleh 'menapis',
Semuanya kerana apa???

Kerana cinta dan rahmat itu,
Yang masih kita punyai...

Janganlah ditahan 'dia' yang pergi...
Jadilah kuat untuk terus menagih dan menerima cinta Ilahi...

Rasulullah SAW bersabda: “Antara doa Nabi Daud AS ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan apabila Rasulullah SAW mengingati Nabi Daud AS, baginda menggelarinya, sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.”
(HR Tirmidzi 3412)


"Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah lah yang menyatupadukan di antara mereka..." (Al-anfal,63)

Apabila kita mencintai Allah, kita juga akan mencintai apa yang diciptakanNya, menerima apa yang diperbuatNya, dan redha atas ujianNya...

Salah seorang dari watak dalam 4 cerita yang saya ceritakan tempoh hari memberitahu saya hari ini, "Hari ini lebih baik dari semalam. Aku gembira bila bersama dengan kau..:)"
Dan saya juga gembira untuk dia kerana dia kuat...

Teringat lagu Aiman, Akademi Nasyid,

Mungkin kan terputus di tengah jalan,

Mungkinkan terlerai tanpa ikatan,

Usah ragu dengan takdir.

Mungkin kitakan berbeza haluan

Berakhirnya cerita percintaan

Segalanya ditentukan Tuhan....

"Each betrayal begins with trust" -
People may betray us,
but not God...

::Saya tak mahu jadi Dr. Love.. (ye asma') hehe::

9 comments:

  1. hehe..
    btol la tu..tkleh siapa le deny cinta Allah tk pernah betray kita..

    kdg2 masa tym tgh buat kerja rasa pyh gile..tp ada je Tuhan tlg mudahkan kerja..

    tgh2 kelam kabut nk cari nota wktu nk pergi kelas..eh,tiba2..rupanya nota tu ada kt atas2 je..

    manusia yg kita suka pn tk membantu..(hahaha..tiba je..)

    ala..biasa la tu org panggil dr love..
    hahaha...bdk2 ni memang..
    kita ckp benar2..
    sekarang perasaan suka bukan main dgn perasaan...itu sume dh tk pakai..
    cinta manusia cinta material..bukan semua..tp ada la mcm tu rupanya..

    ok..duda dan kaya..hahaha

    ReplyDelete
  2. weh kilah..apa kaitan duda dan kaya?

    kak fez, takpela dr.love, mana tau satu hr ko jd antara pakar motivasi runding masalah rumahtangga..bgs ni jd pembaik n penghubung keretakan sesebuah masjid..

    apart from ur job as doc la eheh..ok tata salam

    ReplyDelete
  3. yer betol!! amy is better now... huhu... mmg cinta kepada DIA tiada tandingan... yang berlalu tetap akan berlalu...only HE knows everything.. so pray the best for the sake of entire life...

    thanks dr fez!! =)

    ReplyDelete
  4. perpisahan tuh mmg pahit..jgn terase terlalu attachemnt memiliki..pahit tuh sbb kte terlalu rase memiliki dimiliki...sedangkan segalanye milik Allah...Allah ygpegang hati2 manussia..berdoalah kepadaNYA...

    ReplyDelete
  5. salam fez..

    wah, akhirnya part 2 oleh dr.love muncul jua..hihihi~ sejak bila lidah begitu lembut berkata2 ttg cinta ni fez..ehem ehem..=P

    i totally agree with u..kalu bukan jodoh kte dgn seseorang tu utk sma2 duduk di atas kerusi pelamin (bayangkan cpt..haha~), maka redha kn lah hati..jgn ada sifat benci pd dia..sekurang2nya dia pernah membahagiakn kte..

    dan juga pernah menjadi slh seorang yg penting dlm perjalanan hidup kte menuju destinasi yg abadi..

    kesimpulannya, cpt2 la kawin fez..(tiba2..haha~)

    adioz!

    ReplyDelete
  6. Kilah,
    Betul la, mcm rezki yang Allah kasi dalam Osce Peds.. Hehe..
    Duda dan kaya, pastu para 1, pastu... haha.. mari membina impian..

    MauT,
    I takde pengalaman la nak jadi Dr. Love. Lagipun cm geli je.. haha..

    ReplyDelete
  7. Yah,
    Inshallah kebahagiaan yang lebih baik menanti Amy.. Akk tetiba terigat azam tahun baru Amy.. (Waiting...)

    Asma,
    Yezaaa, banyakkan berdoa. Manusia makin kuat dengan harapan dan doa kepada Allah.

    ReplyDelete
  8. Cikodah,
    Pandai laaaa.. Mana de lidah lembut berkata-kata, tangan yang lincah menaip.. cewah.. haha. Takde la.. kadang-kadang hati begitu terkesan apabila orang yang rapat dengan kita mengadukan masalah mereka. Bak kata orang, dari hati, turun ke pena.. wah,wah, wah..haha..

    Suka ayat Odah: Jangan dibenci, kerana sekurang-kurangnya die pernah jadi utusan Allah sebagi sumber bahagia kita..
    Kesimpulannya, oitttt tak tau la nak kawen bila. Bagi idea boleh? hehe..

    ReplyDelete
  9. ahahaha...amy x benci lan dah...yer..mmg die pernah membahagiakan amy dulu..huhu..btw thanks a lot kakak2 ku atas sume nasehat yg diberi... =))
    uhuk3..azam baru eh??doakan ok??

    ReplyDelete