Friday, May 15, 2009

Swine flu, H1N1 membimbangkan...

Saya yakin semua kawan-kawan sebatch sedang berhempas pulas memulun, mengejar sisa masa yang ada untuk memasukkan maklumat semaksimum mungkin ke dalam cerebrum. lebih spesifik, hypocampus kot yang bertugas memproses memori. Siapa yang baru belajar CNS 1, betulkan kalau salah.

Tiada perkara lain yang menarik perhatian di kala musim peperiksaan ini, melainkan buku, nota dan past-year's questions. Namun jika berterusan memegang buku sejak pagi, berpinar-pinar juga mata dibuatnya. Jadi, berhentilah berehat sekejap, pandang benda jauh, kendurkan otot mata anda yang sudah lama tegang apabila menghadap buku tu.

Sejak akhir-akhir ini akhbar di Malaysia banyak melaporkan berita-berita tentang kesihatan terutamanya tentang selsema b**i.(apa motif saya buat bintang-bintang ni?) atau swine flu ataupun nama saintifiknya Influenza A (H1N1).

Sebelum ini saya ingatkan swine tu adalah sejenis burung gara-gara teringat kes avian flu (H5N1) atau selesema burung satu ketika dahulu.Tetapi apabila perkataan 'swine' kerap diguna pakai dalam kes Selsema B**i ni, saya tergerak hati untuk cek semula apa maksud 'swine'. Swine = B**i rupanya. Jika tidak berlaku pandemic swine flu, pasti sampai ke tua saya mempercayai benda yang salah ni. Aigooo...

Akhirnya kekebalan Malaysia yang bersih dari kes ini selama beberapa minggu ditembusi juga apabila dapat dikesan satu kes di Hospital Sungai Buloh, seorang pelajar kita yang baru pulang dari AS. Ekoran hal tersebut, penumpang sepesawat dengan beliau turut dikesan semula dan diarah melapor diri ke hospital-hospital berhampiran. (sekadar mengulas berita Utusan)

Apabila berlaku kes-kes sebegini baru kita menghargai kenapa kita belajar subjek 'Public Health' satu ketika dahulu. Jika tak dipelajari, manakan kita faham istilah istilah 'pandemic, endemic, case control' yang kerap kita dengar semenjak berita swine flu ini menular.

Simptom 'swine flu' lebih kurang sama saja dengan 'flu' lain. Namun serangannya lebih agresif dan menyebabkan kesan komplikasi yang serius seperti kegagalan pernafasan (respiratory failure) dan sebagainya.
Simptom-simptomnya adalah seperti batuk, selsema, masalah pernafasan, sakit-sakit badan dan sendi, cirit-birit atau muntah dan demam dengan suhu melebihi 38.0ºC.

Beri lebih perhatian kepada kesihatan anda ya. Kepada sesiapa yang telah merancang untuk ke mana-mana pada musim cuti semester nanti, fikirkan dan rancang semula destinasi percutian anda. Maklumlah virus ini semakin merebak ke mana-mana saja. Mudah-mudahan virus-virus itu tidaklah sampai ke Jordan.

Saya senyum sendiri apabila menemui beberapa perkataan menarik dalam Utusan hari ini...

"Pelatih polis disahkan maut radang selaput jantung".
Saya bukan ketawa kerana berita tersebut kelakar atau sebagainya. Saya kasihan dengan si mangsa dan simpati dengan keluarga. Cuma apa yang menarik perhatian saya adalah perkataan yang digunakan payah untuk saya fahami. "Radang selaput jantung." Apa itu? Jantung ada selaput? Selaput tu macam mana sebenarnya ya?

Kemudian saya baca ke bawah lagi dan menjumpai ayat ini,
'Kematian seorang pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jempol semalam disahkan berpunca daripada penyakit perikarditis akut, iaitu radang di selaput jantung.'
Oh, 'acute pericarditis' rupanya. Yang ini saya tahu dan selalu dengar.
Perikarditis akut - Teruk juga bunyinya apabila dimelayukan. 'Acute' atau akut - Siapa ciplak siapa ni?

Ada lagi,
Semalam, media melaporkan suasana di pekarangan bilik mayat Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini yang kecoh seketika apabila seorang pelatih polis Pulapol Jempol mati dipercayai akibat jangkitan wabak meningitis.
Meningitis - Kenapa pula tidak dipanggil 'radang selaput otak dan saraf tunjang'? (Saja nak memberi komplikasi). Baca : meng'complicated'kan keadaan. :p

Lagi,
166 orang yang dikenalpasti ada hubungan dengan kes ini telah diberi antibiotik profilaksis.
Ada eh perkataan 'profilaksis' dalam Bahasa Melayu? Saya ingat 'prophylaxis' saja.

Dari isu kesihatan, masuk isu bahasa pula. Pening juga apabila membaca bahasa sendiri yang tidak difahami. Baguslah memperkaya bahasa tapi jangan sampai terlalu banyak 'memelayukan' perkataan bahasa Inggeris. Bimbang hilang pula identiti dan jatidiri kita sendiri nanti. Generasi akan datang nanti, jangan pula sampai tidak tahu untuk membezakan yang mana perkataan melayu, yang mana perkataan Inggeris.

Saya pun tidak berminat untuk mengkaji panjang tentang isu bahasa ini memandangkan banyak lagi tajuk untuk 'exam' belum saya habiskan. Cuma saya berminat untuk berkongsi apa yang menarik perhatian saya di sini, manalah tahu ada yang rajin mengkaji lebih tentang isu bahasa dan Influenza A ini.

::Banyak betul kes jangkitan di Malaysia. Tak sedar-sedar lagi Allah sedang bagi amaran tu??::

::Bila bercakap tentang bahasa dan berita dunia, orang yang paling saya senang untuk berbicara dengannya, sudah tentulah abah. Nanti saya hubunginya untuk bertanya lanjut.::

:Jadual peperiksaan - saja saya letakkan sekali di kolum sebelah kiri di blog ini. Lebih kuat rasa mujahadah untuk belajar lebih bersungguh dan juga harapnya kawan-kawan yang lain boleh doakan sama.::

::16 Mei : Selamat Hari Guru kepada ibu dan abah, semua guru saya di SKKKB, SRA Rasa(93-98), SMKKKB (99-01), KISAS (01-03). Semoga ilmu yang kalian curahkan akan terus kami manfaatkan demi kecemerlangan diri, agama dan negara.Jazakumullah alf-kher::

9 comments:

  1. Salam fez..

    haha..rajinnya mengulas berita di utusan..ada bakat menjadi pembaca berita ni..hihi~ biasa la, bila kte dh terbiasa dgn istilah dlm bahasa inggeris, bila dimelayukan, rasa mcm pelik semacam je..selaput jantung? menarik jugak tu..hihi~ ape pn, doakan warga PGH (DR, stdnt DR, nurse, patient) yang sudahpun berhadapan dgn satu kes H1N1..utk org jordan, take care of urself k..=D

    ReplyDelete
  2. itu la..dokter ni de keja tambahan la lepas nih..jadi cikgu bahasa plak.sbb masyarakat yang baca nih..terima jer..faham tak faham no 2. esok dh kena baru tahu..

    ReplyDelete
  3. wslm odah,
    memang itu la cita2 asalnya pun. nak jadi pembaca berita la kononnya. seb baik x jadi. klu x macam karam singh walia kot.:p.ok. take a good care ya odah. jangan dekat wad2 kuarantin tu.

    ust arulz,
    Bahasa.. memang mencelarukan juga. Kami belajar dalam bahasa inggeris. ambil histry dgn patient dalam bahasa arab. esok jumpa patient di malaysia kena cakap melayu pula. Tp insyallah lah klu dah hari2 mengadap benda tu, mesti cpt belajr.
    Pelajar2 agama pun begitu juga kan. Xbolehlah baca alquran tanpa terjemah dpn org kg bajet diorang boleh faham macam kawan2 dia kat sini faham. Pemilihan bahasa pun x boleh yang susah2. Kalau x, x sampai msg dakwahnya.

    ReplyDelete
  4. salam ziarah.

    isu yang menarik.
    isu yang tiada sudahnya, anak-anak di bangku sekolah dan guru yang bersemangat waja juga kebingungan menanti apa kata dua tentang PPSMI yang tenggelam timbul isunya.

    bahasa jiwa bangsa,lalu apa tubuhnya?? :)

    bittaufiq imtihan.

    ReplyDelete
  5. salam.akk,ritu dlm berita harian de gak tulis menigitis=radang selaput otak..radang tu inflammation kan..selaput tu membrane kot.

    kadang2 terpk gak camnela nk amek hx kt org melayu nnti..aritu penah amek kt org indon,rs cam lembab semacam je nk tnye tu,,smpaikan nk tnye pain tu intermittent ke x g tnye die,"sktnya pergi dan pulang ya??..cm pelik je bunyinye..ke nk kne tnye camni,"sakitnye cam chipsmore ya??kejapnya ada kejapnya ngak?-haha

    xpe2.nnti kalo dah ari2 amek kt org melayu okla kan..mcm mula2 nk amek hx dlm arablah cam nk nangis je 1st2 week clinical dlu..huhu

    akk,doaka km nk exam OSCE internal medicine esok n lusa.akk pun..gud luck ya!pulun2..nnti bulan 6 kita g jejalan same ye.hihi

    ReplyDelete
  6. Salam...ulasan yang menarik & hanggat diperkatakan di kala ini. Pencernaan pendapat & lontaran idea serta coretan pasal bahasa BI di BM menarik hati yang membaca.

    Ingatan Maha Pencipta terhadap manusia dengan kelangsunganNya memberikan ujian virus & penyakit. Manusia mudah leka..

    ReplyDelete
  7. Mahasiswa,
    PPSMI ibarat isu yang tidak tahu mana penghujungnya, namun adik-adik kita terus jadi mangsa lepas satu, satu eksperimen. Bittaufiq.

    Lya,
    Ada dah pernah orang guna eh 'radang selaput otak'. haha. kelakar pulak. cubalah tulis dalam file kat hosp msia nti cm tu.habislah ngamuk satu floor nurse n specialist sume.:) All d best for you. exam tu xlah senang. tapi insyallah x matinya.. :p

    Rebina,
    Terima kasih atas komen. Semoga kita tidaklah tergolong dalam golongan mereka yang leka...Bittaufiq.

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya aku ok je kalau dr menggunakan term2 selaput otak or selaput jantung untuk bagi orang kebanyakan faham, biar orang tahu memang otak dan jantung ada selaput, sebab memang bahasa mudah kot tu?

    kalau pakai istilah radang pon ok apa sebab itu memang bahasa melayu betul. kata terbitan pon lantaklah sebab tahu kan 3 benda je yang memang asal dari bahasa melayu, padi, besi, n guess what? babi jugak! haha

    tapi aku tak faham kalau just simply memelayukan english mcm prophylaxis jadi profilaksis sebabnya org akan faham ke?
    Apsal tak pakai rawatan pencegahan?
    contoh lain, DE, kenapa malas gila just namakan disfungsi erektil?
    Haih

    ReplyDelete
  9. Megatkanzaki,(panjangnye nama),
    Orang awam mudah faham kot kalau sebut selaput jantung, terus terbayang bahagian luar jantung la kan, yang membalut jantung. tapi kalau org yang belajar medic ni, dia macam lambat sikit. it's like, "err, selaput jantung? Jap, apa eh dalam bahasa inggeris dia?". ha camtu la masalahnya lebih kurang.

    Masalah men'direct'kan secara terus perkataan english ke melayu tu mungkin sebab wartawan Utusan tu dah mengantuk taip berita malam2 dan malas nak rujuk kamus istilah perubatan-melayu agaknya. :p

    ReplyDelete